`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, May 29, 2013

BN TUNGGAL, MCA CARI NAHAS?


Oleh : SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN : Ketua Penerangan UMNO Bahagian Sandakan Abdul Hamid Sabal (gambar) menyifatkan tindakan MCA yang bakal bergabung dengan Parti SUPP Sarawak dan Parti Gerakan untuk membentuk parti Barisan Nasional (BN) Tunggal di negara ini merupakan satu tindakan yang bodoh dan tidak rasional kerana boleh menimbulkan ketegangan di kalangan para penyokong parti komponen BN sendiri.

Katanya, cadangan MCA untuk menubuhkan BN Tunggal itu bertujuan untuk menghapuskan parti-parti komponen yang ada di negara ini seperti MCA, MIC, UMNO dan Parti Gerakan.
“Sementara di Sabah pula, turut terhapus ialah PBS, UPKO, PBRS dan LDP dan jika diwujudkan BN Tunggal, sudah pastinya parti-parti yang ada di negara ini tidak lagi dapat mewakili mana-mana kaum,” katanya.

Hamid berkata ini ekoran kegagalan MCA mempertahankan kerusinya pada PRU 13 lalu kerana masyarakat Cina sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan MCA yang mewakili kaum Cina; jadi mereka bercadang untuk menghapuskan parti-parti komponen BN.

“Kami di UMNO memang tidak setuju sama sekali cadangan MCA untuk membentuk BN Tunggal kerana UMNO adalah satu-satunya parti orang Melayu di negara ini sejak di zaman tahun 1957 lagi yang menjaga kepentingan hak-hak orang Melayu khususnya Islam di negara ini.

"Kerana adanya UMNO, maka segala kebajikan orang Melayu, agama Islam, Kesultanan Melayu terus terpelihara. Kita tidak tahu sekiranya UMNO dihapuskan; hanya tinggal BN Tunggal, kemungkinan juga Sistem Diraja dan Kesultanan di negara ini turut dihapuskan.

"Inilah yang kita khuatir. Kita kena fikir sedalam-dalamnya sebelum membuat satu-satu keputusan untuk membenarkan MCA berbuat demikian.

"Kita tentang habis-habisan sehingga ketitisan darah yang terakhir. Mundur pantang sekali. Kami tetap akan pertahankan UMNO demi maruah dan martabat bangsa Melayu negara ini,” jelas Hamid yang amat marah dengan ura-ura MCA.

Kata Hamid, mungkin tiba masanya MCA dibubarkan kerana sudah tidak berpengaruh di kalangan masyarakat Cina. Lagipun kaum Cina di negara ini termasuk di Sandakan, lebih yakin dengan DAP dan sudah menolak mentah-mentah MCA dan Gerakan.

"Jika MCA bergabung dengan SUPP (Sarawak) dan Gerakan berjaya menubuhkan BN Tunggal yang tidak membawa sebarang manfaat; malahan untuk mengucar kacirkan perpaduan yang sedia terjalin. Kemungkinan besar negara akan hura hara seperti yang berlaku di Tg Labian dan Taduo. Ini kah yang MCA mahukan?” tegas Hamid.

Hamid turut mencadangkan, ada baiknya PAS menyertai BN bagi mengukuhkan perpaduan Umat Islam di negara ini. PAS tidak perlu menyertai UMNO, tetapi cukup dengan menyertai BN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.