`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, May 4, 2013

Bom Buatan Sendiri MELETUP Di Ibu Pejabat KEADILAN




Sebuah bom buatan menggunakan telefon bimbit, bateri dan mercun bebola meletup berhampiran ibu pejabat KEADILAN, kira-kira jam 9.45 malam tadi.



Seorang staf ibu pejabat KEADILAN, S Balakumaran berkata, beliau terdengar bunyi letupan dan tnampak kepulan asap keluar dari kotak fius milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di hadapan sebuah kedai, selang empat premis dari pintu utama pejabat KEADILAN.




"Bila meletup saya nampak asap. Saya pergi ke lokasi dan nampak telefon, bateri dan mercun bola. Kemudian seorang lelaki Cina turun dari pejabat yang berdepan kotak TNB dan bantu padam dengan alat pemadam api," kata Balakumaran kepada Keadilandaily.



Beliau memaklumkan kejadian itu di Balai Polis Tropicana yang terletak tidak jauh dari pejabat KEADILAN yang kemudian mendapatkan bantuan daripada pihak bomba.



Balakumaran memberitahu, beberapa kereta polis dipercayai dari balai polis Petaling Jaya tiba di tempat kejadian untuk melakukan siasatan.



Balakumaran memaklumkan, dia diberitahu oleh juruteknik TNB, bahawa mangga kunci kotak fius TNB telah bertukar, bukan seperti mangga kunci biasa yang digunakan.




"Orang TNB kata, mangga yang biasa itu bukan milik mereka, dah ditukar," kata Balakumaran.



Satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian dan pihak polis telah menutup kawasan kejadian untuk siasatan. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.