`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 15, 2013

"Buy Chinese Last" Dikhuatiri Jadi Senjata Makan Tuan



Sebelum menacap ruang komentar dengan kata-kata yang membidas teman, baca dahulu keseluruhan artikel teman ini.

Tahukah komer , frasa 'Buy Chinese Last'  itudiperingkat antarabangsa, membawa maksud memboikot barangan buatan negara China yang merupakan negara sahabat kita dan tempat asal sumber bahan niaga ramai usahawan Melayu di negara ini hari ini?

Apabila didedahkan tujuan Barat mahu Pakatan Rakyat dijadikan proksi mereka dalam mengukuhkan hegemoni mereka di Asia Tenggara dalam melawan kebangkitan China, lihatlah sahaja siapa yang beria-ia disebalik Pakatan Rakyat.

Lihatlah pula bagaimana puak di Taiwan amat bersungguh-sungguh membantu Cina Malaysia dalam menentang kerajaan BN yang mempunyai hubungan baik dengan China.

Mengungkap 'Buy Chinese Last' seolah-olah menjadi senjata makan tuan andai pihak berniat jahat di negara ini  menggunakannya untuk melaga-lagakan peniaga Melayu dengan pengeluar di China.

Ianya juga seolah-olah menyokong sikap anti-Republik Rakyat China yang tidak pernah golongan pro-Taiwan ini pertunjukkan kepada kita.

Dari sudut lain, lihat sahaja hiburan dan pendidikan orang Cina Malaysia yang berkait rapat dengan Taiwan. Jiwa, semangat dan falsafah mereka solah-olah mereka adalah rakyat Taiwan yang memiliki kad pengenalan di negara ini.

Bahkan mereka merendah-rendahkan orang sebangsa dengan mereka yang kononnya berfikiran kolot dengan perkataan Chinamen dan mereka adakalanya menjuihkan bibir di hadapan kita bila dipertunjukkan barangan buatan China.

Lihat pula penerimaan rakyat negara China terhadap rakyat Malaysia berbangsa Melayu di kota-kota industri mereka malah di dunia hiburan mereka - contohnya kemenangan Shila Amzah dalam rancangan Asian Wave.

Memang terdapat pelabur Taiwan yang melabur di China hari ini dan ini mendorong pula Cina negara ini masuk ke sana atas tiket ini.  Namun secara amnya, mereka tidak berada di pihak Republik Rakyat China. 

Jika kita hendak menolak dagangan  peniaga Cina Malaysia sekalipun, lakukanlah dengan iktikad yang bermula dengan menyampaikan melalui mulut ke mulut, di pertemuan sahabat handai dan saudara mara malah di kalangan kariah kawasan sendiri.

Jika mereka boleh secara senyap menebarkan agenda tolak BN tanpa ramai kita sedar, kita juga boleh lakukan tanpa perlu pukul canang dengan slogan yang salah, yang akhirnya boleh menjadi senjata makan tuan.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.