`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, May 4, 2013

Cara parti Najib memuliakan ulama






Ini cara bagaimana sejenis kaum Melayu meraikan seorang ulamak. Suatu ketika bila saya berjumpa dengan PM, saya menyatakan bahawa Tuan telah membenarkan cybertroopers tuan menghina dan mengeji tokoh ulamak. Akibatnya, orang Melayu akan memulau parti UMNO dan memulau presiden UMNO. Yang menyokong UMNO ialah pengikut yang taksub dan yang minda mereka telah diperhamba-abdikan.

Orang Melayu yang beragama Islam akan melihat ini sebagai suatu endorsement dari tuan presiden UMNO. Presiden UMNO kata, berdebat bukan budaya orang Melayu. Mungkinkah budaya Melayu UMNO ialah menghina, mengeji dan mengaibkan orang?

Kita semua ada berbeza pendapat. Tapi ia jangan dijadikan alasan untuk menghina golongan ulamak. Menanam rasa benci dan permusuhan keada golongan ulama tidak dapat diterima oleh masyarakat Islam. Orang Melayu yang beragama Islam mesti melihat layanan ini sebagai bayangan pemikiran pimpinan UMNO yang anti ugama Islam.

Hari ini Najib datang ke Raub. Ini petanda, dia melihat Raub sebagai suatu kerusi panas. Kita mengucapkan selamat datang kepada nya. Mungkin dia mahu beri hormat kepada bekas ADUN dan ketua Penerangan dia. Terima kasihlah diatas penghormatan tersebut.

Dia datang untuk merasmikan kampus cawangan UITM di Raub. Cerita disebaliknya, ramai orang Raub pun dah tahu. Projek ini di perolehi tanpa tender terbuka oleh seorang pemimpin UMNO tempatan. Kos projek ini kira2 300juta.Cogankata UMNO ialah projek kroni didahulukan, rakyat di pinggirkan.

Mana ada projek UMNO yang bukan menelan belanja2 berjuta2? Berapa banyak komisyen yang dibalun oleh puak UMNO?

Ketika projek itu diberi kepada syarikat pemimpin UMNO ini, syarikat nya tidak ada lessen CIDB pun. Sebab itu ianya tergendala lama. Tapi duit mobilization sudah dibalun.  Dan oleh kerana projek kroni didahulukan, maka Najib kata ok. Syarikat kroni walaupun mempunyai modal berbayar RM2 dibenarkan mendapat projek bernilai RM300juta.

Ini yang kita tentang. Kerajaan yang memerintah begitu lama , mereka ingat mereka boleh buat sesuka hati. Duit projek ini datang dari duit pembayar cukai bukan duit UMNO. Inilah cara pengurusan kewangan yang dilakukan oleh puak UMNO. Duit pembayar cukai dikira duit sendiri.

Punca kemungkaran UMNO ialah kerana mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh mursyidul am mereka, Tun Dr Mahathir. Lebih baik berkawan dengan syaitan yang kita kenali bermaksud tidak mengapa orang Melayu yang beragama Islam ingkar, sombong, takabbur dan tergolong dalam golongan yang kufur!

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.