Wednesday, May 8, 2013
Dua Perkara Pelik Pada Aku Mengenai PRU 13
Aku tak tau kalau ada penipuan berlaku masa pilihanraya sebab aku tak nampak apa yang jadi, membuatkan aku tak nak komen. Tapi aku hanya nak komen pasal dua benda yang aku pelik dan meragukan pada aku.
1. Pangkah pakai pensil
Aku ada baca penyokong2 kerajaan kata "mana ada orang pangkah undi pakai pensil! Itu semua membohong! Fitnah pembangkang!" Pelik aku.
Aku dengan secara jujur dan ikhlas memberitahu korang kat sini, aku pangkah undi aku pakai pensil. Aku ada bawak pen aku sendiri tapi sebab aku takut tak diterima (tak sama warna ke, aku tak nak undi aku rosak) jadi aku pakai aje la pensil yang ada. Pelik memang ada waktu aku pangkah, tapi memandangkan aku rasa selamat dan yakin ada ketelusan SPR kat situ, aku pakai aje la pensil tu.
Tapi bila aku balik rumah, aku baca balik pasal kes ni, aku jumpa artikel ni.
PETALING JAYA: For the first time in Malaysian electoral history, voters will be using ballpoint pens instead of pencils to mark the ballot papers. Election Commission deputy chairman Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar said this was part of the initiative to improve the electoral process and remove unnecessary doubts.
“Critics had in the past claimed that pencil marks could be erased. “Now that we will be using pen, no one can make such wild allegations any more,” he said. (Link Asal)
Silap aku jugak tak voice benda ni hari tu tapi sebab sebenarnya aku tak berapa clear pasal isu ni. Aku expect SPR tak silap benda2 camni tapi nampaknya, ada jugak kesilapan kecil yang berlaku. Memang la SPR bergantung dengan penjawat awam dan sukarelawan, tapi dalam menjamin integriti undi tiap2 orang dan even SPR sendiri usaha nak yakinkan orang yang voting is honestly held, ini sesuatu yang aku rasa amat memalukan SPR.
2. Sidang Media Pengerusi SPR Pada Hari Mengundi
Ada sesiapa tengok sidang media live Pengerusi SPR dekat TV3 jam 1:30 camtu, hari mengundi tu? Kan ada dalam tu dia tunjukkan jari dia yang dah berdakwat dan dia claim, ingat ni, secara langsung, depan semua penonton, yang dia dah try cuci jari dia pakai sabun Protex dan dia akui ada keluar warna biru dakwat tu..tapi dengan berlagaknya, dia tunjukkan jari dia masih lagi jelas kekal dakwat tu melekat kat situ.
Tak ke bullshit nya benda tu?
Sebab aku, mak aku, nenek aku, bapak tiri aku, sepupu aku, makcik aku semuanya hilang lepas mengundi. Ada yang melekat kat pintu kereta masa bukak, aku minum air siap dakwat cair dan menitik jatuh dalam milo ais aku. What the hell kata kering dalam dalam beberapa saat dan tidak akan luntur untuk 5 hari?
Bukan masalahnya dakwat itu useless lepas tamat hari mengundi tu, itu asalan Pengerusi SPR tapi isunya di sini adalah kalau senang benar nak tanggalkan dakwat tu, pasti akan wujud kemungkinan orang datang mengundi kemudian balik basuh dan mengundi lagi sekali. Ada tak kemungkinan tu wujud wahai pengerusi SPR? Memang ada dan SPR sepatutnya jadi super fair. Tak ada orang suka tengok bola kalau dah dia dah tau referee akan berat sebelah.
Yang kelakarnya, jari Najib pun bersih licin dalam TV malam dia announce yang Rosmah Mansor telah memacu BN ke arah kemenangan PRU13..... eh, kata dakwat kekal 5 hari?
3. About The Gerrymandering and All The Baggage That It Brought Upon Us
SPR, kalau kau nak aku memandang kau dengan integriti, please usulkan persempadanan semula kepada Parlimen dan pastikan agihan penduduk menjadi lebih setara dan tidak ada kerusi2 mudah untuk dimenangi oleh sesetengah parti terpilih. Macam mana nilai 30 ribu undi boleh sama dengan 100 ribu undi? Tak sama.
Kalau suara 30 ribu adalah sama nilai dengan 100 ribu, itu maknanya ada suara sesetengah orang tak dipedulikan. Kerusi2 mudah dengan jumlah pengundi yang sikit....kebanyakannya dimenangi oleh sebuah parti sahaja...
4. UMNO Dah Bersuara Ajak PAS Bergabung
Ada 7 tujuh dosa PAS. PAS adalah parti ajaran sesat. Ahli PAS ni majoriti murtad. Berlagak alim, serban tak lekang tapi gila seks. Sebab tu aku pelik UMNO nak bersatu pulak.
Takpelah, biarlah PAS bersama2 dengan bukan UMNO, PAS memang layak bekerjasama dengan Kafir Laknat DAP aje. Lagipun, PAS ada 7 dosa besar ikut kata Mahathir. Biarlah PAS menyucikan diri terlebih dahulu. Masuk UMNO nanti, kotorla UMNO. Sayang kalau jadi camtu. Lagipun, aku takut kalau PAS bergabung dengan UMNO, nanti PAS dah tak buat lagi konsert2 hiburan dan digantikan dengan acara solat hajat yang selalu UMNO anjurkan.
5. Himpunan Malam Ni..
.......pada aku takyah join. The time is not right. Tapi ni pandangan peribadi aku la.
Kita perlu tunggu dulu kes ni dibawak ke mahkamah kalau aduan 21 hari ke SPR tak jalan dan kita tengok apa result dia dulu. Kalau betul bukti kukuh tapi mahkamah buat tak nampak, kita ke jalanan semula. Perhimpunan Bersih dah nampak kesan dia. Orang makin lama makin pandai dan sedar.
UMNO menang kerusi, tapi majoriti orang dah start tolak diorang. BN is degrading day by day, tengok sendiri pada pemimpin dia dan tengok sendiri pada penyokong dia. The educated one in UMNO is decreasing day by day sehinggakan aku percaya, diorang akan terpaksa ambik Khairy Jamaluddin yang sangat dibenci oleh segelintir orang UMNO jadi Menteri atau Timbalan...sebab the voters are expecting somebody macam Khairy sebagai Menteri...dan bukannya orang yang tahapnya politician kampung lagi.
Siapa lagi orang dalam UMNO yang cukup pandai nak berdebate ada?
Saifuddin Abdullah dah kalah, tinggal Khairy sorang aje la.
Apa yang Anwar sedang push ketika ini adalah dia cuba nak percepatkan kejatuhan BN sebab dia tau he is running out of time. Biarkan dia. Kalau nasib dia dapat jadi PM, dia akan jadi. Aku takde masalah. Cuma, hati-hati jangan jadikan orang ramai "extremist Anwar Ibrahim."
Dan kepada Anwar Ibrahim, kau dah jadi legend Malaysia. Tak payah jadi PM pun tak apa. Aku akan ajar anak2 aku pasal kau dan aku akan cerita dengan diorang semua benda pasal kau supaya diorang sendiri belajar menilai pemerintah ni. Dan just to be fair, aku akan cerita pasal Najib dekat anak aku jugak. Dia orang kaya, tak pernah susah, dia bagi duit dekat orang ramai, dia jual konsep 1Malaysia, bini dia bulat tak pakai tudung suka pakai handbag beratus2, aku tak tau kenapa dia jadi PM aku dan aku merasakan malam kemenangan PRU13, dia telah menunjukkan yang konsep 1Malaysia is just marketing bullshit untuk kekalkan kuasa. Dia tak ikhlas sebenarnya. (adakah aku bermimpi mengharapkan ada pemimpin yang ebtul2 ikhlas memimpin?)
Biarlah anak aku compare sendiri. Adakah cerita aku akan biased? Ya, cerita aku akan biased tapi itu bukan bermakna apa aku tulis pasal Najib tu tak betul, kan?
Sekarang ni balaci2 UMNO tengah panas hati. Polis pun dah pesan dan aku sure ada ramai jugak anggota polis yang nak jadi pejuang Melayu dan hentak penyokong2 pembangkang ni.
Inilah masanya kita belajar when to stay back dan when to go out. Sekarang adalah waktu untuk duduk diam seketika. UMNO sedang bergolak cuma kita tak nampak. Jangan korbankan diri kerana politician. Korbankan diri for the nation and religion.
Senang cerita, aku bukan balaci Anwar Ibrahim tapi aku still acknowledge yang Anwar Ibrahim dah liberatekan political view aku. Untuk itu, aku ucap terima kasih sebab menyedarkan aku yang satu masa seorang macai UMNO tegar, kita ada pilihan selain daripada Barisan Nasional.
5. Satu soalan..
Kau pangkah pakai pen atau pensil masa pilihanraya?
Post by Mantot
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.