`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, May 27, 2013

Identiti Pembunuh Dhamendran Di Kenalpasti

KUALA LUMPUR, 27 MEI: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, identiti ‘pembunuh’ Dharmendran, 32, yang mati dalam tahanan polis Kuala Lumpur sudah diketahui.

Justeru, beliau menuntut penahanan dibuat ke atas pegawai polis yang terlibat dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail melakukan pendakwaan ke atas individu berkenaan atas kesalahan membunuh.Keluarga mangsa dan rakan-rakan mendesak pihak bertanggungjawab atas kematian Dhamendran didakwa atas tuduhan membunuh“Dalam kes ini, identiti pembunuh sudah pun diketahui. 

Polis hanya perlu mencari semua pegawai polis yang terlibat menyoalsiasat dan menyeksa Dharmendran,” lapor Malaysiakini.“Ahli patologi sudah pun mengesahkan bahawa Dharmendran terbunuh semasa dalam tahanan polis. Mengapa tiada pegawai polis yang ditahan sehingga kini?, soal Surendran.

Perunding patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Siew Sheue Feng pada 22 Mei lalu mengesahkan Dharmendran meninggal dunia akibat ‘kegagalan fungsi kecederaan tisu lembut akibat pukulan ke badan’.Bagaimanapun, tiada tindakan dikenakan ke atas individu yang terlibat dalam kes kematian Dharmendran yang meninggal dunia di ibu pejabat polis Kuala Lumpur 21 Mei lalu.

Peguam N Surendran di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur bersama keluarga mangsa pembunuhan polis DharmendranJusteru kata Surendran, sekiranya tiada sebarang tindakan tegas diambil, KEADILAN akan mengadakan bantahan besar-besaran di hadapan ibu pejabat polis Bukit Aman.Semalam balu mangsa, Marry Mariay Susay, 26, membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi berhubung kematian suaminya akibat dipukul sehingga mati ketika dalam tahananDharmendran, 32, meninggal dunia selepas ditahan di ibu pejabat polis Kuala Lumpur berikutan satu kejadian tembakan di Bandar Tun Razak pada 11 Mei. ~keadilandaily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.