`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, May 13, 2013

Isteri Pengasas Al-Arqam Di Tahan Langgar Arahan Mufti



[Isteri pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Hatijah Aam atau 'Ummu Jah' dan sembilan pengikutnya yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disiasat dibawah seksyen 12C kerana Melanggar Arahan Mufti. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Marzuki Hussin berkata kesemua yang ditahan itu dihantar pulang oleh kedutaan Arab Saudi melalui 'Program Pemutihan' yang dilaksanakan Kerajaan Arab Saudi. "Operasi Pencegahan (Ops KLIA) ini bermula daripada 9 April lalu secara berperingkat mengikut jadual kepulangan mereka berdasarkan maklumat penghantaran pulang oleh pejabat kedutaan Malaysia. "Kesemua mereka yang ditahan akan disiasat dibawah seksyen 12C, Melanggar Arahan Mufti dan jika disabitkan dengan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau 2 Tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya pada Isnin. Menurut Marzuki, 'Ummu Jah' ditahan di KLIA bersama tiga lagi pengikutnya pada pukul 11.40 pagi Isnin. Sementara itu enam pengikutnya yang lain ditahan pada pukul 1.30 petang dan kesemua mereka dibawa ke Jais bagi tujuan siasatan].


-pahang daily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.