`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, May 28, 2013

Kamera AES mula dikuatkuasa di Melaka?

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin menuntut penjelasan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sama ada pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Melaka telah dimuktamadkan.

AES_jalan

Beliau mengulas penyebaran maklumat di laman sosial berhubung lokasi pemasangan AES di Melaka, sedangkan Hishammuddin mengatakan tiada keputusan dibuat berhubung pelaksanaannya.

“Bagaimana senarai ini boleh bocor? Atau ia sudah dalam pengetahuan Hishammuddin, namun beliau berpura-pura tidak tahu mengenainya?

“Kenyataan Hishammuddin ini jelas bertentangan dengan situasi sebenar,” kata Shamsul kepada Keadilandaily.

“Malah kenyataan beliau itu satu pembohongan dan bertentangan dengan integriti menteri. Tidak boleh membohongi rakyat jika sesuatu keputusan belum diumum kerajaan,” katanya yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka

.Shamsul Iskandar

Hari ini tersebar di laman sosial facebook senarai 33 lokasi kamera AES di jalan persekutuan dan negeri, selain sembilan kamera AES di persimpangan lampu isyarat di Melaka.

Penyebaran senarai lokasi kamera AES di Melaka mendapat kritikan orang ramai dan mereka mendesak penguatkuasaanya dibatalkan serta-merta.

Mengulas lanjut, Shamsul menegaskan pemasangan AES hanya menekan rakyat dari segi ekonomi selain sistem itu sendiri memiliki banyak masalah sebagaimana didedahkan baru-baru ini.

AES MelakaPakatan Rakyat senada dengan sentimen rakyat yang mahukan sistem itu dibatalkan berbanding BN yang mahu ia dilaksana kerana dikendalikan syarikat kroni Umno dan MCA.

Kedah yang diperintah Pakatan sebelum ini menolak AES. Namun 24 Mei lalu, BN Kedah memutuskan akan melaksanakannya ekoran kejayaan parti itu merampas Kedah pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.