`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, May 18, 2013

KIRAM MASIH KAWAL LAHAD DATU?




TUTUP.....Tidak ada alasan munasabah diberikan polis berhubung penutupan Jalan Balai Polis-Kastam lama sehingga rakyat turut berada dalam ketakutan.

Oleh : KREW SABAHKINI.NET
WALAUPUN tentera Mat Bom yang dinaiktaraf sebagai Tentera DiRaja Sulu telah ditumpaskan oleh lima batalion tentera Malaysia, namun pasukan keselamatan masih dibayangi ketakutan yang amat sangat; terbayang kehebatan pengganas berkenaan yang kebal, boleh meloncat dan melayang di atas pelepah kelapa sawit seperti tupai serta boleh menghilangkan diri sekelip mata dan pelbagai mitos lagi; maka jalan Kastam Lama yang melalui Balai Polis Lahad Datu masih ditutup kepada orang awam.

Krew Sabahkini.net yang dihujani email dan pertanyaan lisan telah membuat rakaman video di lokasi yang dimaksudkan; telah didatangi seorang lelaki yang mengaku polis (tanpa menunjukkan kad kuasa) mengarahkan agar rakaman video dihentikan; seraya mengancam untuk merampas kamera SabahkiniTV.
"Ini kawasan larangan. Kamu tidak tahukah berapa ramai polis mati di Semporna. Mereka suka serang balai. Jadi kami tutup ini jalan. Tidak boleh ambil gambar. Keadaan masih bahaya," ujar lelaki berkenaan yang memberitahu beliau berasal dari Kampung Epil (Kampung yang dirobohkan ketika era Chong Kah Kiat dalam Ops Nyah II Bersepadu) sambil menghebahkan serangan lanun sekitar 80-an.

Terbayang ketakutan yang amat sangat di wajah lelaki yang mengaku polis itu kerana bibirnya berketar dan giginya mengetap. Sebelum sempat Krew menghalakan lensa ke wajahnya, lelaki berkenaan berlalu pergi.

Jika seorang anggota polis begitu ketakutan, bagaimana orang awam? Orang awam turut bimbang bukan kerana serangan Pengganas Kiram, tetapi kerana Ketua Polis Daerah yang 'ketakutan' untuk membuka jalan yang diwartakan sebagai jalan awam sehingga rakyat yang tidak bersenjata trauma memikirkan ketakutan luar biasa polis Malaysia.

Agak malang bagi Malaysia kerana di zaman IT, pengganas boleh memantau pergerakan melalui satelit atau hanya perlu bertanya kepada Mr Google di mana lokasi Balai Polis Lahad Datu; tanpa perlu bimbang gambar yang diambil Krew Sabahkini.net dari jarak jauh.

Penutupan jalan awam tanpa alasan yang munasabah telah menanam perasaan takut kepada orang awam sedangkan pada hakikatnya, tidak ada tempat paling selamat di dunia melainkan Lahad Datu dan Tungku kerana dikawal oleh 5 batalion tentera yang lengkap dengan senjata.

Sabahkini.net telah menghantar SMS kepada pegawai Kanan Polis bertanyakan kenapa Jalan Kastam Lama yang melalui Balai Polis Lama Lahad Datu ditutup sehingga pengguna jalan raya terpaksa menggunakan Jalan Pancuran atau Jalan Pantai untuk ke Bandar Lahad Datu?

Namun Sabahkini.net tidak menerima sebarang jawapan atau alasan sehingga ke hari ini, sebaliknya mereka (polis) membuka halangan di kedua-dua belah jalan, hanya sehari sahaja selepas SMS dihantar; tetapi menutup semula jalan berkenaan sehingga ke hari ini.

Dengan perlantikan 'Singa Bukit Aman', Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai Ketua Polis Negara yang baru, diharap tidak ada lagi Polis yang 'dikembiri' bertugas di Lahad Datu dan diyakini dapat menaikkan keyakinan orang awam terhadap Pasukan Keselamatan yang menerima pengajaran paling bermakna daripada Pengganas Kiram.

Tan Sri Khalid juga wajar menjalankan siasatan dalaman, siapakah Pegawai Polis yang mempunyai kepentingan di FELDA dan mempunyai perniagaan 'pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia' bagi mengelak saki baki pengganas yang berselindung di sebalik IC Projek dan parti politik kembali mengganas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.