`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, May 8, 2013

KPN buat pusingan U


Ismail Omar berkata kenyataannya disalahertikan.
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar telah membuat pusingan U dalam isu permit untuk perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat yang akan berlangsung di Stadium Kelana Jaya malam ini.
“Saya dah sebutkan tadi, pertama, saya tidak membenarkan perhimpunan yang menyalahi undang-undang, perhimpunan hendaklah menepati Akta Perhimpunan Aman 2012.
“Syarat-syaratnya seperti yang telah saya sebutkan tadi; maklum Ketua Polis Daerah, penganjur kena jumpa dengan Ketua Polis Daerah dan penganjur kena tentukan perhimpunan itu adalah perhimpunan aman.
“Para peserta tidak boleh membawa apa-apa bentuk senjata merbahaya, tidak ada apa-apa bentuk hasutan, provokasi, untuk menggugat ketenteraman,” kata Ismail menerusi Penolong Ketua Urusetia KPN (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yoosuf.
“Jelas bahawa daripada ungkapan soal jawab di atas, KPN tidak membuat apa-apa kenyataan mengenai keperluan permit,” kata Ramli.
Pagi ini, Ismail dilaporkan sebagai berkata bahawa penganjur perhimpunan memerlukan permit.
Ekoran itu, peguam kebebasan sivil Syahredzan Johan berkata bahawa Ismail tidak memahami Akta Perhimpunan Aman dan keperluan permit hanya wujud di dalam Akta Polis.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.