`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, May 10, 2013

LAJIM MAHU KEMUKA PETISYEN





KOTA KINABALU: Pengerusi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Datuk Lajim Ukin akan memfailkan petisyen kerana beliau percaya berlaku perkara mencurigakan semasa proses pilihan raya dan pengundian di kawasan Parlimen Beaufort pada 5 Mei lalu.

Beliau mendakwa antara unsur yang meragukan, membabitkan ketibaan lewat peti undi di pusat pengumpulan termasuk rasuah 'politik wang' dan kehadiran 'pengundi hantu' di beberapa tempat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu.
Menurutnya, terdapat dua peti undi masing-masing daripada Pusat Daerah Mengundi Melikai, Melampai dan Sitompok lewat tiba di pusat pengumpulan undi yaang disediakan.

Tambahna, 'politik wang' juga berleluasa dan beliau mempunyai bukti kukuh iaitu gambar foto, termasuk rakaman video membabitkan beberapa individu sedang memberi duit kepada pengundi pada saat-saat akhir.

"Malah, saya mempunyai maklumat mengenai pemberian wang kepada semua Ketua kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di kawasan ini, termasuk diarah bersumpah untuk mengundi Barisan Nasional pada hari pengundian.

"Selain itu, penyalahgunaan seluruh jentera kerajaan untuk bertujuan berkempen bagi bagi pihak Barisan Nasional turut berlaku dan sepatutnya di larang oleh SPR bagi memberi keadilan kepada semua parti yang bertanding.

"Kehadiran 'pengundi hantu' juga berleluasa, malah malam kelmarin, kami dapati lima buah bas berwarna kuning dipercayai membawa 'pengundi hantu' sedang dalam perjalanan pulang dari sini sambil dikawal polis dan imigresen.

"Kami berjaya merakamkannya dan ia akan dijadikan asas serta bukti kukuh dalam petisyen yang akan dikemukakan kelak selepas pewartaan keputusan pilihan raya oleh SPR," katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada khaamis.

Lajim berkata, pihaknya juga telah membuat laporan polis mengenai dakwat kekal yang mudah ditanggalkan walaupun sebelum ini SPR menegaskan bahawa dakwat kekal itu akan bertahan sehingga 7 hari.

"Dakwat itu mudah dihilangkan dalam tempoh beberapa jam sahaja, malah jika dibasuh ia akan senang ditanggalkan.. nampaknya SPR masih bertegas walau pun sudah banyak pihak mengemukakan masalah itu sebelum ini.

"Justeru, tidak syak lagi segala penipuan dan penyelewengan yang berlaku ini menjadi punca kepada kekalahan saya di Parlimen Beaufort, termasuk kemenangan tipis saya di kerusi DUN Klias pada PRU-13 ini," tegasnya.

Keputusan PRU-13 bagi Parlimen Beaufort, baru-baru ini memberi kejutan apabila Lajim, yang merupakan penyandang kerusi itu dan bertanding atas tiket PKR, tewas kepada calon BN, Datuk Azizah Mohd Dun dengan majoriti 673 undi.

Bagaimanapun, Lajim yang turut bertanding di DUN Klias, berjaya merampas kerusi berkenaan daripada BN dengan majoriti tipis sebanyak 179 undi setelah menewaskan Isnin Aliasnihyang menjadi calon BN di kawasan itu. (DE)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.