`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, May 10, 2013

Sebab ini kaki bekas MB Kedah di Potong ..


 

Saya dikhabarkan oleh PA Ustaz Azizan Abdul Razak, abg Muzaini Azizan bahawa ketika kehadiran Tuan Guru Haji Hadi di Hospital Pulau Pinang yang kebetulan juga turut dihadiri oleh Menteri Besar baharu Kelantan pada petang kelmarin sebelum ustaz masuk bilik pembedahan pada jam lebih kurang 3 petang.


Keputusan untuk melakukan pembedahan ke atas kaki dibuat setelah Tuan Guru memanggil kesemua pakar bedah untuk bertanyakan kepada mereka apakah kesan yang berlaku sekiranya Ustaz Azizan Abdul Razak tidak segera melakukan pembedahan, rata-rata doktor menyebut ianya akan membuatkan jangkitan kuman akan terus merebak ke bahagian otak dan sekiranya pembedahan segera dibuat peratus untuk pulih hanya 20%.

Dengan pantas serta ketegasan yang ada pada Tuan Guru Haji Hadi, beliau mengambil keputusan untuk segera dilakukan pembedahan ke atas kaki ustaz, sambil disaksikan oleh 2 orang isteri ustaz dan ada yang tidak bersetuju di atas keputusan tersebut lalu Tuan Guru menyebut,"kita nak OTAK ustaz Azizan untuk memacu jamaah PAS, bukan kita nak kaki tersebut..nak buat macam mana, itu semua ujian Allah SWT"

Catatan oleh: Ibnu al-Khams (Pegawai Kompleks PAS Kedah)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.