`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, May 5, 2013

Lebih 50 peratus keluar mengundi di Selangor dan Negeri Sembilan


Peratus berbeza dicatatkan di negeri-negeri lain, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
KUALA LUMPUR:  Peratus keluar mengundi bagi pilihan raya umum ke-13 setakat 1 tengah hari ini berbeza mengikut negeri dengan Selangor
mencatat 58.96 peratus atau 1.2 juta daripada 2.03 juta pengundi di negeri itu, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Di Negeri Sembilan setakat 1 tengah hari mencatat 58.35 peratus daripada 555,982 pengundi manakala di Melaka setakat 12 tengah hari mencatat 40 peratus daripada keseluruhan 424,519 pengundi berdaftar.
Di Perak, SPR negeri melaporkan sebanyak 30 peratus daripada 1.36 juta pengundi telah keluar mengundi setakat pukul 11 pagi.
Di Pahang, seramai 29.44 peratus atau 216,681 pengundi daripada sejumlah 736,111 pengundi juga telah mengundi sehingga 11 pagi.
Kelantan pula mencatat 13.19 peratus daripada sejumlah 918,573 pengundi sehingga 11.30 pagi.
Sementara itu, pusat pengundian di kawasan terpencil di Sabah iaitu di Kampung Mangkasulap, Beluran dan beberapa tempat di Penampang dan Kudat ditutup pada pukul 11 pagi.
Bernama

1 comment:

  1. Menurut kiraan kamera siling bilik air ohstatzah Aisyah kata betol dia dah kira! ya cayalah kan dia ni Ostazah anak murid Stopa Ali lagi?takan nipun kena Sumpah Laknat kot?tapi kamera vdo stopa ali kata tunggu sampai 5 ptg tapi kan 5 minit aja dah pancit ish ish ish mana satu yg betul ni? kau ni bikin aku konfuse lah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.