`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, May 16, 2013

Mukhris Imam solat?


notan
Assalamualaikum,,..
mukhriz_explainsAgak menarik peristiwa yang berlaku di Kedah sejak selesai PRU 13.Bekas MB dikerjarkan ke Hospital dan berita angin mula tersebar bahawa beliau telah meninggal dunia.Tetapi kemudiannya umur beliau masih dipanjangkan ALLAH dengan ujian yang agak berat juga, kakinya terpaksa di potong.Siapa agaknya yang sebarkan khabar angin itu? Lebih menarik apabila keluar berita MB sekarang Mukhris mengadakan solat hajat mendoakan kesejahteraan Ust Azizan dan bersama sama berita itu ialah khabar susulan yang mengatakan Mukhris berjubah dan berkopiah putih serta mengimamkan solat.
Menarik kerana perubahan karektor dan lifestyle yang mengejutkan seolah olah perubahan itu berlaku overnite sahaja.kalau betul begitu syabas Mukhris yang mungkin mendapat hidayah ALLAH seperti cerita cerita hidayah yang pernah kita dengar.Tapi jangan lupa Mukhris itu datangnya dari UMNO yang pragmatis!
Orang yang pragmatis sentiasa menghidu peluang dan sentiasa bersedia menjadi sesumpah mengikut keadaan.Kalau keadaan sekarang rakyat lebih menumpukan kepada seruan ugama, maka orang yang pragmatis akan turut serta kalau ada kesempatan.Kalau satu hari nanti rakyat mahukan k-pop melebihi kemahuan ugama, maka pada masa itu k-pop akan menjadi pilihan pragmatis.
Tiba tiba boleh menjadi Imam solat seuatu yang agak luar biasa dengan Mukhris yang sebelum ini lebih cenderung kepada lifesytle kebarat- baratan.Agak menghairankan kita kalau Muhkris boleh menghafal ayat ayat lazim untuk dibacanya semasa menjadi Iman, bukan mahu mempersendakannya tetapi pengalaman saya sendiri yang bersungguh sungguh untuk belajar menjadi Imam yang baik tidak pernah kesampaian.Menghafal ayat ayat lazim tidak semudah yang difikirkan bagi seorang yang terdidik secara sekular seperti saya, sebab itu saya tabik kepada Mukhris kalau benar benar dia menjadi Imam yang baik mengambil kira pendidikan sekular yang dimilikinya.

Itu belum masuk bab khatam Quran lagi.Kalau Tan Sri Muhammad Taib sudah khatam Quran tetapi masih belum mampu menghafal surah surah atau mana mana ayat dengan baik(saya membuat kesimpulan berdasarkan ceramah beliau), di mana Mukhris? Setakat ini saya belum pernah mendengar mana mana pemimpin UMNO kecuali yang pernah menjadi menteri ugama dan ulamak mudanya membaca quran dan doa termasuk Mukhris.

Itupun belum masuk lagi bab kedudukan Mukhris dalam jemaah yang menolak hukum ALLAH dan kedudukannya dalam syarikat Arak milik abangnya Mirzan(saya tidak pasti mengenainya).kalau benar benar Mukhris mahukan ugama didahulukan dalam semua aspek kehidupan, dia tidak akan duduk dalam UMNO, apa sekalipun alasannya.Islam tidak membenarkan penipuan, di mana kedudukan Mukhris dalam penipuan besar besaran UMNO dalam PRU 13?
Apakah dia mengaku ada penipuan dan menentangnya? Saya menyarankan kepada semua agar tidak terpesona dengan penampilan Mukhris yang tiba tiba berubah kerana kemungkinan besar ianya hanyalah kerana pragmatis UMNO.Bak kata TGNA , orang yang berfaham kebangsaan hanya cuba mengkaburi rakyat dengan penampilan Islamya. Begitu juga tak usah cepat terpegun melihat Mukhris memakai Jubah tanpa serban!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.