`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, May 17, 2013

MUNGKIN NAJIB TIDAK BACA LAPORAN AUDIT?




Oleh : AHMAD ZAKARIA
TINDAKAN Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melantik Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dijangka akan mengganggu pelan Transformasi Negara kerana pencapaian buruk KKLW dalam Program NKRA sebagaimana yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Mungkinkah Najib tidak pernah membaca Laporan Audit atau Pegawai Kanan Najib tidak menasihati beliau berhubung pencapaian buruk Shafie berhubung Projek Agropolitan Di Bawah Program Lonjakan Mega Luar Bandar Sabah dan Projek Membina Dan Menaik Taraf Jalan Luar Bandar Di Negeri Sarawak.
Mengikut Laporan Audit 2011, Jabatan Audit Negara mendapati secara keseluruhannya projek membina dan menaik taraf jalan luar bandar di Negeri Sarawak adalah kurang memuaskan.

Terdapat beberapa kelemahan yang ditemui seperti berikut:

i. Prestasi pelaksanaan projek adalah kurang memuaskan kerana daripada 101 projek bernilai RM437.57 juta yang telah disiapkan, sebanyak 38 projek (37.6%) bernilai RM178.94 juta telah mengalami kelewatan antara 15 hingga 242 hari daripada jadual asal;

ii. Sebanyak 13 projek (17.6%) bernilai RM229.27 juta daripada 74 projek yang sedang dilaksanakan merupakan projek sakit kerana telah lewat jadual melebihi 20%;

iii. pembinaan jalan tidak menepati spesifikasi kontrak; dan

iv. ketidakpuasan pelanggan daripada maklum balas pelanggan terhadap kualiti pembinaan jalan, keselamatan dan keselesaan jalan.

Laporan lengkap boleh dilihat di muka Surat 254 hingga 265 LAPORAN AUDIT 2011.

Begitu juga dengan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar dan Projek Bekalan Air Luar Bandar yang gagal mencapai sasaran; projek ada tetapi elektrik dan air tiada? Ketua Audit Negara kini sedang menjalankan siasatan berhubung isu bekalan air di Sabah.

Saksikan Videoklip Terhebat daripada 'RAJA LAWAK' ini.

Jika projek jalan luar bandar di Sarawak gagal dilaksanakan dengan jayanya; bagaimana pula dengan projek jalanraya di Sabah?

Saksikan VIDEOKLIP KHAS ini.

Dengan perlantikan semula Shafie, hasrat rakyat Sabah dan Sarawak untuk menikmati jalanraya yang lebih baik di luar bandar hanya mimpi di siang hari; sinonim dengan Manifesto Pakatan Rakyat yang bukannya Janji DiTepati!

Tahniah Shafie; Takziah rakyat Sabah!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.