`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, May 9, 2013

‘Najib tidak boleh tinggalkan orang Cina’


Jika Perdana Menteri meninggalkan orang Cina dalam kabinetnya, politik perkauman akan menjadi semakin marak.
PETALING JAYA: Kabinet tanpa wakil menteri kaum Cina akan menyebabkan politik perkauman di Malaysia akan menjadi-jadi dan tidak terkawal, kata bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo.
Apabila perkauman tidak dapat dibendung, negara akan runtuh, katanya yang menjadi menteri besar Selangor selama lapan  tahun dari 2000 hingga tahun 2008.
MCA mengumumkan wakil rakyat parti itu tidak akan menerima lantikan kabinet ekoran kekalahan parti itu dalam pilihan raya umum Ahad lalu.
Keputusan MCA itu, menyebabkan Datuk Seri Najib Tun Razak sukar melantik wakil orang Cina dalam kabinet yang akan dibentuknya.
“Biasanya MCA mempunyai tujuh wakil dalam kabinet, kalau mereka tidak ada siapa yang mahu mewakili suara mereka dalam kabinet.
“Adakah Najib akan melantik golongan profesional Cina sebagai senator dan seterusnya dibawa masung menganggotai kabinet.
“Atau jika Najib berani, beliau melantik menteri Melayu untuk menjaga hal ehwal orang Cina. Persoalannya, adakah orang Cina boleh menerima orang Melayu atau tidak,” katanya lagi.
Kerajaan perpaduan
Jika Perdana Menteri, kata Dr Mohd Khir, meninggalkan orang Cina dalam kabinetnya, politik perkauman akan menjadi semakin marak.
DAP yang menanam dan mengembangkan politik perkaum ini akan untung besar seperti yang berlaku pada Ahad lalu.
Beliau menegaskan, politik negara masih bergerak berdasarkan kaum – orang Melayu bertanding di kawasan Melayu, Cina di kawasan Cina dan India di kawasan India.
Menurut Dr Mohd Khir,  kerajaan mesti menghalang atau membendung politik perkauman daripada terus merebak lagi.
Katanya, jika semua usaha gagal, kerajaan mesti mengambil langkah membentuk kerajaan perpaduan yang membabitkan semua parti politik termasuk DAP serta parti-parti lain di Sabah dan Sarawak.
Begitupun, katanya belia ada bahayanya juga kerana parti-parti berkenaan bermain politik perkauman dalam kabinet.
“Jadi ada untung dan ruginya kerajaan perpaduan ini,” tegas lagi Dr Mohd Khir.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.