Yong tiada di tempat kejadian. Jadi Yong hanya bergantung pada gambar sahaja.
Kes ini bermula dengan gambar ini (GAMBAR 1):
GAMBAR 1: BLACKOUT DIDAKWA BERLAKU SEMASA PENGIRAAN UNDI |
Tak lama lepas gambor itu keluar, timbul gambar berikut. Yong dapat dari fesbuk, tapi taktau sapa punya. Maaf ye, Yong pinjam. Kononnya gambar blackout itu diedit dari gambar penjual nasi lemak, weh! Klik gambar untuk besarkan (GAMBAR 2)
Alahai...
GAMBAR 2: PENJUAL NASI LEMAK DAN PELANGGAN |
Mulanya Yong taknak kisah bab-bab gambar edit ini. Tapi oleh kerana dakwaan kali ini amat serius, melibatkan kredibiliti SPR, Yong pun paparkan gambar-gambar itu di sini.
Perhatikan gambar ini. Klik gambar untuk besarkan (GAMBAR 3):
GAMBAR 3: NASI LEMAK TERAPUNG |
Ini hasil pemerhatian Yong:
- Cuba tengok nasi lemak dalam gambar bulatan A dan B. Nasi lemak itu kelihatan terapung di atas kotak, bukan terletak di dalam kotak.
- Bilangan dan susunan nasi lemak dalam bulatan A dan bulatan B sama sahaja. Pandai betui penjual ini menyusun nasi lemaknya.
- Kertas surat kabar yang digunakan membungkus nasi lemak juga sama untuk nasi lemak dalam bulatan A dan bulatan B. Hmmm...begitu pandai pembungkus ini membungkus nasi lemaknya, sehingga serupa kertas pembungkusnya?
- Apa jadi pulak dengan tangan kiri penjual nasi lemak wanita itu? Sudah terbenam dalam nasi lemak ke?
- Tangan kanan lelaki berbaju belang (pelanggan) itu pula terletak di bawah piring nasi lemaknya. Macam mana dia nak makan?
- Apa pasal pelanggan-pelanggan (kelihatan 2 orang) yang nak makan nasi lemak tu siap bawa kertas dan pen macam nak buat catatan?
- Kotak penjual nasi lemak tu serupa pulak dengan kotak SPR. Kebetulan? Libat contoh berikut (GAMBAR 4).
GAMBAR 4: KOTAK SPR UNTUK PENGIRAAN UNDI |
Benda-benda lain tentang tag SPR dan sebagainya Yong tak komen sebab tak jelas.
Nah, komer nilai sendiri - mana gambar ori mana edit.
Kah kah kah...Inilah nasi lemak terapung!
Siapa ambik gambor ni tolong tampil ke hadapan!
BILA KERAP CAKAP MERAPU,
SUDAH MENANG LAGI BERGADUH;
BILA GELAP PAKAT MENIPU,
SUDAH TERANG LAGI BERSULUH.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.