Wednesday, May 22, 2013
Panadol Naik Harga.
Macam berjanji pula Panadol dengan BN neh. Kalau BN menang, aku mao naikkan harga.
Keh Keh Keh..
Jangan marah. Gurau2 jek aku pun.
Tadi ada terima satu info dari rakan facebook. Dikepilkan bersama satu notis bahawa pihak pengurusan GSK yang memasarkan panadol telah pun membuat keputusan untuk menaikkan harga rangkaian panadol yang mereka pasarkan.
Antara jenis2 panadol yang bakal dinaikkan harga ialah ;
1. Panadol Regular
2. Panadol Activfast
3. Panadol Menstrual
4. Panadol Extend.
Panadol regular neh aku ingat untuk seme jenis panadol2 biasa yang selalu kita beli kat kedai2 runcit tue hah. Macam panadol untuk kanak2, warna pink dan kuning. Termasuklah panadol2 putih untuk sakit demam.
Kenaikan ini bukan berlaku serta merta. Tetapi akan dicharge pada bulan June 2013. Harga baru tidak dinyatakan dalam notis tersebut, tetapi ia akan di umumkan kelak bila pengedar dan penjual menerima laporan lengkap dari pihak pengurusan syarikat GSK = GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd, syarikat yang buat dan edar panadol neh la.
Antara alasan2 kenaikan yang dikemukakan untuk menrasionalkan tindakan mereka ialah ;
1. Pihak syarikat tidak lagi mampu menyerap kos kenaikan bahan mentah di samping kos operasi [melibatkan tenaga buruh, tangga gaji aku rasa] yang semakin tinggi.
2. Kos pengedaran dan pengangkutan yang semakin meningkat.
Sehubungan dengan itu, jika nak beli panadol pada bulan june 2013, stok lama mungkin kekal dengan harga lama kot. Tapi stok baru, kena bayar dengan harga baru. Jadi, bawa la duit lebih. Kalau taknak, pergi jek klinik 1malaysia. Bayar singgit, dapat macam2 ubat. Oke tak?
Hehe.
Bai.
-sozcyili
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.