`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, May 21, 2013

Pembantu khas Zairil dipukul


(Sinar Harian) - Pembantu khas kepada Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari (gambar) dipukul ketika mengadakan "candlelight vigil" bagi memberi sokongan kepada aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim, malam tadi.
Zairil yang dipetik dari laman sosial Twitter mendakwa pembantunya itu, Rozaimin Khir Johari dipukul ketika upacara berlangsung di pintu depan Universiti Sains Malaysia (USM), Sungai Dua, Pulau Pinang.

"Baru dapat laporan pembantu khas saya @Rozaimin dipukul oleh samseng-samseng yang menyerang candlelight vigil bebaskan Adam Adli di USM," katanya.

Sabtu lalu, Adam Adli ditahan reman selama lima hari di bawah Kanun Keseksaan 124 B dan Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan bermula.

Sementara itu, Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (Kami), Khalid Mohd Ismath berkata, sehubungan dengan penahanan Adam Adli, kumpulan aktivis akan terus 'berkampung' di hadapan lokap tersebut bagi membantah penahan rakan mereka itu.

"Kita juga akan bermalam di sini dan menyalakan lilin sepanjang lima hari penahanan Adam Adli," ujarnya.

Sementara itu, menerusi laman Twitter Rozaimin turut memaklumkan beliau telah selesai membuat laporan polis.

"Selesai laporan polis di Balai Polis Sungai Nibong.

"Saya, @AkmalKomal dan @Shaik_Itaro tidak akan undur lawan Umno!" beliau dipetik berkata.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.