`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, May 2, 2013

Petugas BN cedera parah diserang di Kulim


Manakala di Dungun, dua orang penyokong sebuah parti cedera diserang sekumpulan penyokong parti lawan di Kampung Pulau Serai di sini Isnin lalu.
KULIM: Seorang petugas pilihan raya Barisan Nasional (BN) cedera parah di muka setelah diserang empat lelaki bersenjatakan parang ketika
bertugas menjaga sebuah khemah yang didirikan sempena pilihan raya umum ke-13 di Taman Halia, Lunas dekat sini awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh berkata dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, empat lelaki bertopi keledar dikatakan menghampiri dua petugas yang sedang berada di sebuah khemah bersebelahan sebuah pentas pertunjukan yang akan diadakan malam ini.
Katanya dua petugas itu diamanahkan menjaga barang-barang dan pentas itu supaya tidak berlaku perkara tidak dingini memandangkan terdapat barang-barang berharga di pentas serta khemah.
“Empat lelaki berkenaan dikatakan tiba di lokasi dengan menunggang dua motosikal lalu serta-merta menyerang mangsa,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Ghuzlan berkata mangsa yang cedera parah di muka dikenali sebagai C. Padiapan, 50, seorang pekerja kilang, yang pada mula dibawa ke Hospital Kulim untuk rawatan tetapi kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk rawatan susulan.
Menjerit minta tolong
Katanya seorang lagi petugas S. Selvam, 40, sempat menjerit meminta tolong menyebabkan keempat-empat suspek cabut lari meninggal mangsa yang cedera.
Polis sedang mengesan kempat-empat suspek untuk membantu siasatan kerana motif serangan itu dipercayai adalah peribadi.
Sementara itu, Ketua Pusat Daerah Mengundi Paya Besar V. Subramaniam yang juga Pengerusi MIC Cawangan Taman Kucai kesal dengan serangan tersebut kerana beliau yakin serangan itu bermotifkan politik.
“Padiapan adalah seorang ahli jawatankuasa cawangan manakala Selvam juga seorang ahli jawatankuasa cawangan dan Pengerusi Bilik Gerakan di sini. Mereka tidak mempunyai musuh,” katanya.
Manakala di Dungun, Bernama melaporkan dua orang penyokong sebuah parti cedera diserang sekumpulan penyokong parti lawan di Kampung Pulau Serai di sini Isnin lalu.
Kejadian kira-kira 10 malam itu dipercayai tercetus akibat rasa tidak puas hati terhadap kedua-duanya yang memasang bendera di situ.
Jurucakap Pilihan Raya Polis Kontinjen Terengganu Supt Koh Ah Tiam berkata kira-kira 10 lelaki tersebut bertindak agresif dengan menyerang dan memukul mangsa sehingga cedera di kepala dan badan.
“Namun kedua mangsa mengalami cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Dungun,” katanya kepada Bernama. Koh berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa suspek.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.