`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, May 4, 2013

Plan A dan plan B UMNO/BN nak kekalkan kuasa...


Setelah menyepi seketika waktu akhirnya Harakahdaily berjaya menghubungi sumber Umno untuk mendapat laporan terkini daripada beliau mengenai kenyataan Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai penerbangan pengundi baru-baru ini.

Tengku Adnan mengaku bahawa dakwaan Pakatan Rakyat mengenai kewujudan penerbangan khas membawa pengundi daripada timur Malaysia ke Semenanjung sememangnya benar.

Bernama melaporkan Tengku Adnan mengaku kewujudan penerbangan sedemikian dan menegaskan bahawa khidmat itu ditaja oleh “rakan-rakan BN.”

“Itu plan B dah sebenarnya. Dah confirm akan kalah baru digunakan,” kata beliau kepada Harakahdaily pagi ini.

“Jadi apa plan A-nya?” tanya Harakahdaily. 



“Video seks. Video seks buatan seorang pemimpin wanita PKR dah mula dikeluarkan. Ingatkan tak keluar sebab dah backfire. Patutnya Plan B dah jalan, Plan A akan henti. Sekarang jalan dua-dua, confirm dah dapat maklumat risikan nyawa tinggal sampai malam besok sahaja,” katanya sambil berseloroh.

Disebabkan suara telefon yang agak kejauhan, Harakahdaily bertanya pada beliau lokasi kedudukannya.

Sumber Umno itu memberitahu beliau kini berada di luar negara kerana hadapi tekanan kuat setelah meledakkan pada Harakahdaily tempoh hari bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan turun berkempen di Putrajaya untuk menyelamat Tengku Adnan. 



Harakahdaily cuba bertanya apakah Plan B sudah berjalan lama dalam perancangan.

“Dah lama. Selama ini targetnya Selangor sahaja. Tapi masalah sekarang Johor, Putrajaya dah goyah. Mula-mula mereka ingat tempur Selangor sahaja. Sebenarnya kalau bukan Zulkifli Noordin besar mulut kata 110% akan menang, saya rasa Plan B ini tidak akan dihidu oleh sesiapa atau diledakkan keluar dari dalam.

"Silap percaturan plan A lepas video seks untuk benamkan PAS backfire badly – kamu attack orang yang berintegriti lama bertunjang di politik negara, siapalah nak percaya. Kadangkala pakar strategi kita ini memang bodoh sikit,” kata sumber Umno itu.

Beliau berkata sekarang waktu getir untuk mereka yang terlibat dalam Plan B.

“Dulu di Sabah, selepas BN menang, berapa orang yang kehilangan kebebasan kerana terlibat dalam perbuatan terkutuk itu? Orang-orang yang hilang kebebasan itulah yang muncul menceritakan segalanya pada RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) Sabah mengenai pendatang asing. Sekarang dalaman sedang bertiup kencang mengenai nasib mereka selepas ini, jika BN menang atau kalah,” kata beliau lagi.

Beliau menyuruh Harakahdaily menyiarkan nasihat ini kepada mereka yang terlibat dalam Plan B.




“Hentilah. Kamu semua akan menyesal nanti. Yang terkena ialah anak-anak dan cucu-cucu kamu. 


Orang Bangla ini akan jadi orang Melayu – boleh beli tanah rezab orang Melayu, dapat diskaun beli rumah Bumiputera, anak-anak masuk universiti guna kuota Melayu, beli amanah saham – silap hari dia jadi kaya, anda semua jadi kuli dia. Kalau rakyat dah tolak BN, hormatlah keputusan. Rezeki di tangan Allah, bukan Umno. Usah bimbang, hilang rezeki ini, Allah akan ganti dengan yang lain,” tegas beliau.

Sebelum mengakhiri perbualan, Harakahdaily sempat bertanya samada beliau akan balik mengundi.

“Insha-Allah balik – kena undi pada parti yang tidak disokong warga Bangla dan Nepal,” katanya sambil ketawa besar.

Sumber Umno itu seorang pengundi di Selangor.-harakahdaily



Vote without fear, Anwar urges Malaysians...

In his polling day eve message to all Malaysians,defacto PKR leader Anwar Ibrahim urged the country's 13 million voters to turn up and cast their ballots with "faith, courage and vision".

NONE"Your decision will take Malaysia into a new era. Go out and vote with strength, encourage all your family, friends and neighbours to cast their ballots," Anwar (left) said today at a press conference in Kubang Semang.

Anwar also thanked civil servants for their dedication, service and impeccable credentials that has helped run the government.

He also urged them not to get involved in the shredding or hiding of government documents if Pakatan were to seize Putrajaya from the BN tomorrow, after polling day.

"Please do not abet any quarters to complicate the smooth transition of power because that is against the law," he said.

He also urged Malaysians not to fear. "This transition will not only be historic but also peaceful.

"Pakatan's security advisory council of former generals and police will help myself and other Pakatan leaders through the process," he said in assurance.

NONEHe repeated his warning to the Election Commission and the caretaker government that the rakyat will not entertain any electoral fraud.

"We will be vigilant of all suspicious activities. We will ensure that only Malaysians will decide the fate of our nation, and Insyaalah, we will succeed," he said.

"To all Malaysians: our nation is a land of promise and fullfilment. Seize your destiny. Ini Kalilah!".-malaysiakini




Bersama Anwar Ibrahim di Ambang PRU 13... 

4 Mei 2013 (Sabtu) 


Di Pulau Pinang 


1)    1.00 ptg – Jamuan Tengahari Bersama Anwar Ibrahim

        Lokasi: Jalan Sekolah Juru, Bukit Tengah

2)    2.30 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim

        Lokasi: Markas Besar Permatang Pasir

3)    3.30 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim

       Lokasi: Markas Permatang Rawa, Seberang Jaya

4)    5.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim

       Lokasi: Rmh Karia Bus, Simpang 3, Kubang Ulu, Penanti

5)    7.15 mlm: Solat & Tazkirah Maghrib

       Lokasi: Bilik Gerakan Utama DUN Bertam, Kepala Batas

6)    9.00-11.00 mlm – Ceramah Perdana – Ke Putrajaya

       Lokasi: Tapak Expo Seberang Jaya 


Ceramah Finale Lembah Pantai bersama DS Anwar Ibrahim jam 6 petang ini di luar Masjid Tun Raha, belakang SMK Sri Pantai. Masuk ikut jalan di hadapan Old Town White Coffee, Bangsar South.

Peta di sini.



Photo: DS Anwar Ibrahim akan berada di padang bola PPR Kampung Kerinchi pada pukul 6 petang! Ceramah terakhir di Kuala Lumpur sebelum PRU 13!

Ini Kali Lah!









Photo




cheers.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.