`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, May 2, 2013

PR Kedah HARAMKAN KONVOI untuk mengelak musuh ambik kesempatan..




Sehubungan dengan itu, bermula malam (2 Mei 2013) ini sehingga Ahad (5 Mei 2013) konvoi melibatkan motor (kecuali konvoi rasmi kereta calon) di larang sama sekali, Walaubagaimanapun pihak kami amat prihatin dengan seluruh anak-anak muda yang amat ghairah untuk menunjukkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat dengan berkonvoi yang akan menyemarakkan semangat petugas dan pengundi

Namun pihak Sekretariat terpaksa mengeluarkan larangan ini, kerana pihak musuh kita sedang mencari apa sahaja peluang untuk menghitamkan imej Pakatan Rakyat di mata pengundi sehingga menjelang hari mengundi pada 5 Mei 2013.

Oleh itu, adalah ditegaskan sebarang konvoi yang menunjuk lagak samseng dan ganas walaupun memakai apa sahaja logo dan bendera Pakatan Rakyat adalah dengan ini dimaklumkan secara rasmi, ianya tidak melibatkan Pakatan Rakyat, melain dari pihak lawan yang cuba menakutkan pengundi.

Harap Maklum.

ARIS AWANG
Sekretariat Pakatan Rakyat PRU13
PAS Kawasan Kuala Kedah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.