`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, May 10, 2013

PRIBUMI'S KECAM KENYATAAN RASIS



RASIS...Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI'S) mengecam akhbar laporan akhbar Utusan Malaysia yang boleh menimbulkan ketegangan kaum di negara ini.

Oleh : SYED KAMAL
Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI’S) mengecam sebarang provokasi serta kenyataan berbau perkauman yang diketengahkan pasca PRU 13 yang baru sahaja berakhir.

PRIBUMI’S menilai kenyataan tersebut seakan-akan menafikan suara dan aspirasi rakyat Malaysia secara keseluruhannya yang telah mengemukakan undi mereka pada pilihanraya lalu.
PRU-13 menyerlahkan hakikat bahawa trend ataupun pola pengundiaan kali ini tidak semata-mata dipengaruhi sentimen perkauman sempit. Sebaliknya, keputusan PRU 13 ini menzahirkan sentimen seluruh rakyat Malaysia melangkaui ras perkauman semata-mata.

Hakikat ini merujuk kepada fakta dan statistik oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sendiri serta kesimpulan institusi dan para penganalisis politik yang berwibawa. Pilihanraya adalah hari kebesaran suara rakyat.

Ketika inilah rakyat berpeluang menyambung hak serta kebebasan mereka menyatakan pandangan serta menentukan masa depan mereka. Demokrasi adalah mekanisme penting dalam menjamin keseimbangan dan kestabilan sosio politik sesebuah negara dapat dipenuhi.

Keharmonian dan kestabilan politik hanya akan tercapai sekiranya aspirasi serta suara setiap segmen masyarakat yang ada dalam sesebuah negara menolak sebarang bentuk diskriminasi rasis yang emosi serta sempit.

PRU-13 telah menyaksikan peratus turun mengundi paling tinggi dalam sejarah demokrasi Malaysia. Mengambil kesempatan ini, PRIBUMI’S merakam ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh rakyat Sabah di atas keprihatinan yang tinggi terhadap amalan demokrasi di negara ini.

Sesungguhnya PRU-13 merupakan kemuncak kepada manifestasi kesedaran politik yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia. Seharusnya suara rakyat ini dihormati serta dimartabatkan menerusi lunas-lunas keterbukaan yang dianjurkan dalam demokrasi.

Sebarang usaha untuk mengaitkannya dengan konspirasi perkauman serta keagamaan yang sempit adalah bersifat 'Intellectual Insult' serta hanya akan menjejaskan kestabilan serta keharmonian kaum di negara ini.

(NOTA : Syed Kamalrul Sufian ialah Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI’S)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.