`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, May 4, 2013

PROSEDUR BIASA - Jawab SPR.... !!


Jawapan CELAKA SPR..AWAS SPR..ANDA TIPU KAMI HUMBAN ANDA...JAWABLAH ANDA DEPAN ALLAH SWT NANTI JIKA APA YANG ANDA KATAKAN INI ADA UDANG DALAM MEE... INGAT SAMPAI MATI KAMI TAK AKAN AMPUN PERBUATAN KEJI ANDA MENGKHIANATI AMANAH RAKYAT

SPR Perak: Prosedur biasa kertas undi di bawa keluar ke tempat khas untuk semakan
3 Mei 2013
IPOH - Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak Ahmad Adli Abdullah menjelaskan adalah prosedur biasa bagi kertas undi dibawa keluar ke tempat khas untuk semakan bagi memastikan tiada kecacatan atau kerosakan pada kertas undi berkenaan.
  
Beliau berkata daripada segi pentadbiran, SPR perlu menyemak kertas undi itu dua atau tiga hari sebelum pengundian biasa dijalankan bagi memastikan pengundian berjalan lancar pada Ahad ini.
  
SPR perlu membuat semakan terhadap kesemua kertas undi di tempat dan dewan yang ditetapkan dan sehubungan itu kertas undi yang disimpan di tempat simpanan rasmi di Ibu Pejabat Polis Daerah perlu dibawa keluar ke tempat khas itu, katanya kepada pemberita di Pusat Media SPR negeri di sini hari ini.
   


Beliau berkata demikian bagi menafikan dakwaan bahawa kotak berisi kertas undi bagi kawasan Parlimen Lumut dibawa keluar tanpa sebab dari tempat simpanan rasmi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, semalam.
  
"Ini salah faham beberapa pihak berkaitan, dakwaan itu sepatutnya tidak timbul. SPR perlu membuat persiapan sebaik mungkin supaya ia dapat memastikan urusan pengundian biasa berjalan lancar. Daripada segi pentadbiran, kita perlu menyemak kertas-kertas undi pada dua atau tiga hari sebelum pengundian biasa diadakan," katanya.

Ahmad Adli berkata salah faham dan gangguan oleh penyokong sebuah parti politik itu telah menyebabkan proses semakan kertas undi oleh Pegawai Pengurus (RO) dan petugas SPR bagi kawasan Parlimen Lumut semalam tergendala, tetapi proses semakan telah dilakukan hari ini dan berjalan lancar.
  
Katanya RO Parlimen Lumut Datuk Zambri Man telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.
  
Semalam, calon PKR Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid yang mendakwa kotak berisi kertas undi dibawa keluar tanpa sebab dari tempat simpanan rasmi di IPD Manjung, membuat laporan di IPD Manjung.
  
Ahmad Adli berkata sebahagian besar RO melakukan penyemakan kertas undi bagi kawasan Parlimen masing-masing hari ini sebelum diserahkan kepada ketua-ketua tempat mengundi esok.
  
"Bukan hanya kertas undi sahaja, segala keperluan hari pengundian seperti dokumen, borang dan peralatan lain juga kita akan semak seperti bekalan botol dakwat kekal, pen dan pelekat keselamatan," katanya.
  
Beliau menjelaskan peti undi bagi pengundian awal membabitkan anggota pasukan keselamatan yang dijalankan 30 April lepas hanya akan dikeluarkan dari tempat simpanan khas di IPD untuk dibawa ke tempat penjumlahan undi pada hari pengundian.
  
Sementara itu, jurucakap media Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kontinjen Perak Supt Maszely Minhad berkata polis Perak sudah membuka kertas siasatan kes itu.
  
Beliau berkata polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 4G Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
  
"Ketua polis daerah telah memanggil kedua-dua pihak iaitu dua calon yang bertanding, pegawai-pegawai dari SPR dan pegawai pemantau. Mereka telah berunding mengenai kejadian itu dan kedua pihak telah berpuas hati," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak hari ini.
  
Polis bagaimanapun menjalankan siasatan bagi memastikan kesahihan kejadian itu, katanya.- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.