Saya kesal membaca berita berkenaan insiden ini (saya percaya semua ibu-bapa yang punya anak perempuan juga akan turut begitu). Ia amat memalukan dan tambahan apabila si penjenayah dan mangsa merupakan orang Islam, maka bertambah sedih kita membacanya.
Riduan Masmud (kiri) 40 tahun dituduh merogol mangsa 14 tahun di dalam sebuah kereta di Inanam, Sabah pada 28 Febuari lalu. Beliau didakwa di mahkamah atas tuduhan merogol, namun kini dengan perkembangan terbaru tertuduh dilaporkan mengahwini mangsa dan ekoran itu laporan terhadap beliau telah ditarik balik. Semalam mahkamah memutuskan 1 Julai untuk tarikh menimbangkan samada akan meneruskan pendakwaan terhadap tertuduh atau mengguhurkan kesnya.
Adalah difahamkan mangsa adalah dari keluarga misikin dan apabila bapa mangsa ditanya adakah beliau menerima perkahwinan anaknya dengan tertuduh beliau menjawab:Ia adalah terbaik buatnya (anak beliau). Apa lagi yang boleh saya lakukan.
Benar kalau mangsa telah baligh, beliau boleh bernikah, itu peraturan agama.
Tetapi dalam hal ini seksyen 375 Kanun Keseksaan Malaysia menetapkan apabila berlaku hubungan seks antara seorang dewasa dengan gadis di bawah 16 tahun samada dengan kerelaanya atau tidak, maka ia dikira jenayah rogol.
Apa pun hujah bagi saya tertuduh telah melakukan jenayah. Saya yakin gadis ini tidak sedar apa yang berlaku dan apa yang bakal beliau tanggung. Jenayah seksual ini telah berlaku dan ia tidak boleh diampunkan dengan menutupnya melalui pernikahan!Semalam di mahkamah beberapa NGO khasnya badan-badan wanita turut hadir bagi menyatakan simpati terhadap insiden yang berlaku terhadap gadis malang ini. Tidak disebut pula sebarang nama NGO Islam atau parti Islam kecuali Sister in Islam yang saya tak kategorikan sebagai NGO Islam!
Gadis ini dan keluarga beliau perlu diberi faham dan perlukan pembelaan.
Kenapa kita diam?-n32.blog
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.