`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, May 19, 2013

SUKARNYA BERNIKAH DI PANTAI TIMUR?





Oleh : TARIRAH HAMZAH
ENTAH di mana silapnya, sebuah negeri yang majoriti penduduknya beragama Islam dan mempunyai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam tetapi penduduknya yang berwali hakim sukar bernikah kerana hanya seorang jurunikah yang dilantik untuk Pantai Timur Sabah.

Walaupun permohonan untuk mendapatkan Wali Hakim difailkan di Mahkamah Syariah, namun urusan nikah kahwin mengambil masa yang lama kerana hanya seorang jurunikah bertauliah yang dilantik mengendalikannya.
Lebih merumitkan, Jurunikah Tunggal bagi pantai Timur menetap di Semporna sehingga penduduk Islam yang tinggal di Lahad Datu, Kinabatangan, Beluran, Tawau dan sebagainya terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dan terkadang kala terpaksa bermalam beberapa hari sebelum dapat bernikah.

Syarat ketat untuk kelayakan Jurunikah Wali Hakim, iaitu seorang Al-Hafiz menyebabkan tidak ramai yang dapat dilantik ke jawatan berkenaan.

Satu-satunya Jurunikah bertauliah bagi Pantai Timur Sabah ialah Losman Linjal Al-Hafiz. Belum ada sebaranga perlantikan lain dibuat sekalipun aduan rasmi dibuat kepada menteri dan Pengerusi MUIS.

Penduduk Islam di pantai timur menggesa MUIS dan JHEAINS agar melonggarkan syarat mandatori kelayakan Jurunikah Wali Hakim daripada Al-Hafiz kepada syarat kelayakan jurunikah biasa.

"Untuk apa kami memilih kerajaan BN jika hal Walimatul Urus diberi pelbagai sekatan? Siapa mahu tanggung dosa pasangan yang terlanjur kerana terlalu lama menunggu majlis nikah kahwin?" tanya seorang Ketua Kampung di Gugusan Tg Labian setelah majlis anak saudaranya tergendala beberapa kali disebabkan Jurunikah di Semporna terlalu sibuk.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.