`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, May 15, 2013

Tahniah Khairy



Barisan Kabinet baru selepas pilihanraya ke13 akhirnya diketahui umum. PM Najib baru sahaja selesai mengumumkan barisan baru itu petang tadi. Saya tidak memberikan komen panjang kerana barisan kabinet itu, samada baik atau sebaliknya adalah hak PM. Mungkin belum ada ‘mood’ saya untuk memberikan komen kerana bagi saya ia tidak menunjukkan tindakan serius untuk membentuk kabinet yang kuat dan mantap yang mampu memberikan imej yang berlainan dari yang sudah-sudah.

Bagi saya ia adalah kabinet yang sangat biasa sahaja, tiada menambah dan tiada mengurangkan apa-apa. Jika barisan ini memberikan kesan, saya pasti kesannya adalah sama seperti kesan yang telah di perolehi oleh barisan Pak Lah yang di agihkan kepada PM Najib empat tahun dahulu. Walau bagaimana pun barisan kabinet ini adalah kabinet PM Najib yang sebenarnya.

Hanya yang memberikan sedikit keriangan ialah dengan kemasukan Khairy Jamaludin dalam barisan baru ini. Kali ini Khairy tidak lagi terlepas pandang oleh PM, dan kemasukan beliau ke barisan baru ini saya anggap sangat bertepatan. Ramai yang memberi tahu saya yang Khairy akan memberikan kelainan dari Ahli-Ahli Jemaah Kabinet yang lain. Saya sendiri bersama dengan mereka yang memberikan pandangan yang tinggi kepada pemimpin muda ini.

Khairy selama ini duduk diluar walaupun beliau merupakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Tetapi berkat kesabaran beliau, Khairy kini mempunyai peluang untuk menunjukkan prestasi yang berlainan dari yang lain dan memberikan kesan membina kepada pembangunan belia dinegara ini setidak-tidaknya. Mungkin hikmah beliau duduk diluar sebelum ini telah mematangkan beliau sebagai seorang ahli kepada Jemaah Menteri sekarang ini.

Saya beserta dengan ramai yang lain berharap agar Khairy sentiasa memberikan khidmat yang terbaik, kerana ramai yang menumpukan perhatian terhadap beliau. Menteri-Menteri yang lain itu kurang mendapat fokus kerana mereka hanyalah dari mereka yang tidak dianggap boleh memberikan cabaran kepada pembangunan dan kemajuan negara kita. Mereka biasa sahaja.

Sekalung tahniah kepada Khairy dari saya seisi keluarga semoga beliau akan terus melakukan yang terbaik dengan suasana tugas beliau secepat yang mungkin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.