`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, May 21, 2013

Taib Mahmud naikkan gajinya dari RM13,000 kepada RM39,000..



Nampaknya slogan kebanggaan Najib 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' langsung tak terpakai oleh Ketua Menteri Sarawak yang dikaitkan dengan rasuah oleh Global Witness ini.. 

'Rakyat susah atau senang, makan atau tidak, ada kemudahan atau tidak.. mampuih pi kat hang' mungkin itu slogan yang digunapakai oleh Taib Mahmud.. 

22 April yang lalu, Kerajaan negeri Sarawak mengumumkan kenaikan gaji ketua masyarakat dan ketua kaum serta elaun mesyuarat kaunselor berkuat kuasa awal tahun ini. 

Dimana elaun Ketua Kaum dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 sebelum ini manakala elaun penghulu dinaikkan daripada RM600 kepada RM1,000. 

Jawatan Pemanca pula elaun mereka dinaikkan kepada RM1,200 berbanding RM700 ketika ini dan elaun Temenggong dinaikkan kepada RM1,500 daripada RM850. 

"Bagi memastikan semua pihak dapat menikmati faedah ini, kerajaan turut meningkatkan elaun mesyuarat kaunselor iaitu daripada RM50 kepada RM100," kata Taib Mahmud ketika merasmikan Simposium Kebudayaan Sarawak di Kuching. 

Hari ini.. tengok berapa dia naikkan gaji dia dan kroninya..

KUCHING, 21 Mei — Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik. 

Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; 

Menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000. 

Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992. 

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat. 

"Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya. 

Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas. — Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.