`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, May 16, 2013

Tan Sri Ismail Omar Sebak di Majlis Perbarisan Perpisahan Ketua Polis Negara


KUALA LUMPUR: Tan Sri Ismail Omar pada Khamis menyerahkan tugasnya selaku Ketua Polis Negara (KPN) kepada Timbalannya, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Majlis serah terima tugas jawatan KPN yang baru diadakan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini.
Dalam ucapannya, Ismail yang melepaskan jawatan kerana bersara wajib berkata beliau yakin Khalid berupaya memimpin pasukan polis dengan mulia.
"Saya mengucapkan semoga berjaya dan beliau adalah yang terbaik untuk jawatan tersebut," katanya.
Pada majlis sama, Khalid turut menyerahkan tugasnya selaku Timbalan KPN kepada Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.- mStar
..................................

16 Mei -- Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar kelihatan sebak sambil melambai tangan ke arah jurufoto sempena Majlis Perbarisan Perpisahan Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, hari ini.
Mengapakah begitu sedih dan sebak sekali wajah Tan Sri Ismail..? 
Aku pun turut rasa sayu juga melihat wajah sebak Tan Sri.
Mungkin Tan Sri terlalu sayu meninggalkan PDRM yang telah diceburi beliau sejak 1971,satu jangka masa yang cukup panjang..Atau mungkin ada sebab tersirat menyebabkan Tan Sri berasa sebak...hanya Allah Yang Maha Mengetahui
Apapun Orangni mengucapkan selamat bersara buat Tan Sri Ismail Omar, jasa dan khidmat Tan Sri dalam menjaga keamanan negara bersama PDRM akan dikenang dan semoga mendapat keberkatan dari Allah. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.