`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, May 13, 2013

Zul Noordin enggan minta maaf mesej 13 Mei


Mereka (DAP) sampai sekarang tak pernah minta maaf kepada kepada orang Melayu, tegasnya.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Zulkifli Noordin enggan menarik balik kenyataannya membangkitkan semula sentimen peristiwa 13 Mei dalam laman sosial Twitter.
Sebaliknya beliau terus mendesak supaya DAP dan penasihatnya Lim Kit Siang minta maaf kerana pernah mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan masyarakat Melayu 44 tahun lalu.
“Saya tak kesal sedikit pun. Saya cabar Kit Siang minta maaf,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Zulkifli malam tadi dalam twitternya menyebut “Esok 13 Mei … ulangtahun ke 44 rusuhan kaum d M’sia angkara cauvinis termasuk parti Kit Siang yang membawa slogan Malai-Seh!Mampos Melayu!”
Beliau bagaimanapun mempertahankan kenyataan itu asalnya disebut Kit Siang seperti yang terdapat dalam laporan Majlis Gerakan Negara (Mageran).
“Rakyat perlu diingatkan balik DAP itu parti pelampau.
“Mereka (DAP) sampai sekarang tak pernah minta maaf kepada kepada orang Melayu,” tegasnya.
Beliau turut membidas Kit Siang kerana menggelarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘syaitan’ semasa Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Kelana Jaya pada Rabu minggu lalu.
Kit Siang bagaimanapun dalam kenyataannya hari ini menafikannya dan menganggap media salah lapor maksud ucapannya itu.
Pemimpin veteran itu turut menafikan pernah mengeluarkan kenyataan 13 Mei 1969 kerana tidak ada di Kuala Lumpur pada ketika hari kejadian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.