Hehe.
Part 1 kat sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/06/video-peserta-himpunan-belasah.html
Dalam episode pertama menyatakan yang kakitangan DBKL kena belasah [walhal nampak macam pukul curi.. tapi itupun tak berapa clear video nya].
Sejujurnya aku tak nampak aksi tersebut wujud. Sebab suasana yang kelam kabut ketika itu. Tapi dah dorang kata ada, maka kita anggap je la memang ada. So kita sangka baik je dah la.
Apatah lagi PDRM pun dah take over kes tersebut. So kita anggap je la kegiatan pukul curi tue memang wujud. Sekarang UTUSAN cakap kita belasah mereka? Yeke?
Cuba korang tengok video kat bawah neh dulu ;
Nampak tak geng2 Unit Amal PAS dan geng2 SAMM mohon semua berundur kebelakang? Jangan provoke2. Nampak tak dorang semua kepung kakitangan DBKL tue sebab nak melindungi kakitangan DBKL daripada kena pukul.. itu pun kalau betul la mereka2 yang bising tue nak pukul.
Jangan2 depa cuma nak bising2 untuk lepaskan rasa kemarahan atas layanan tidak adil yang DBKL berikan kepada mereka..
Kita tatau. Aku pun tatau.
Tapi ada macam2 alasan la kan.
Yang neh ada tv3 nak tunjuk? Utusan nak siar? Jangan siarkan laporan berita yang tak lengkap. Ya, mungkin ada peserta2 yang nak melakukan kekasaran, tetapi dalam masa yang sama, ada juga peserta2 yang tidak mahu lakukan kekasaran.
Ya mungkin ada peserta2 yang cuba bertindak di luas batasan, tetapi lebih ramai lagi peserta2 yang lebih rela memilih untuk melindungi keselamatan kakitangan DBKL.
Jangan bersikap tidak adil. Huraikan jalan cerita dari A sampai Z. Jangan sekerat jalan untuk wujudkan salah faham dan timbulkan kebencian kepada peserta2 perhimpunan blackout 505.
Aku cakap neh bukan sebab aku pro pembangkang ke apa ke. Tapi memang itulah yang berlaku. Hakikat. Tak ramai peserta2 yang nak buat provokasi neh. Jumlah mereka boleh dibilang dengan jari jek. Itupun bukan mereka suka2 nak buat provokasi. Cuma rasa geram dan nak lepaskan tension atas lahanan tidak adil yang mereka terima selama neh jek.
Tetapi lebih ramai bahkan 99.9% dari mereka menyokong perhimpunan aman.
Buktinya?
Video di atas ialah contoh. Unit amal, SAMM jadi pelindung, baju kalis pukul kepada petugas2 DBKL. Jangan salah sangka dan tuduh bukan2 kalau tak tengok cerita dari awal. Oke?
Bai.
-amenoworld
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.