`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, June 11, 2013

BN SABAH BIMBANG HILANG BANYAK KERUSI?



KUSYUK....Sahar Saka (bersongkok) begitu kusyuk mendengar ucapan Stephen Wong DAP.

Oleh: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN : Sebenarnya rakyat dinegara ini telah menyedari apa yang telah berlaku pada pilihanraya umum (PRU 13) yang lalu bukan sahaja tidak bersih dan tidak adil; bahkan wujudnya unsur-unsur penipuan yang dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Ini jelas di mana seorang pengundi Mohd Azian telah melaporkan tujuh (7) kali semasa pilihanraya terdapat undi hilang, salah kira dan maklumat yang berubah-rubah dan perbezaan kertas undi yang keluar di kawasan parlimen dan DUN di samping terdapat perbezaan maklumat sebelum dan selepas diwartakan.
Ahli Parlimen Sandakan (DAP), Stephen Wong mendedahkan perkara kini semasa beliau berucap di majlis Himpunan Blackout 505 Sabah yang diadakan di Dewan Hakka Batu 6 Jalan Labuk baru-baru ini di hadapan lebih 2,000 orang para penyokong parti Pakatan yang terdiri daripada DAP-PKR dan PAS.

"Dalam pada itu, rakyat juga ingin melihat peranan sebenar sebuah organisasi yang dapat mengendalikan pilihan raya bebas dan telus tidak memihak mana-mana badan pertubuhan politik sama ada pembangkang, mahupun parti pro kerajaan,” tambah Wong.

Kata Wong lagi, negara ini memerlukan satu badan baru yang akan mengendalikan sistem pilihan raya, terutamanya pada PRU 14 nanti, dan rakyat mengharap satu badan pengendalian pilihanraya berwajah baru akan dapat diwujudkan untuk menjalankan amanah, tanggung jawab dan lebih adil.

“Kita sedia maklum kerajaan Barisan Nasional (BN) yang merupakan kerajaan minoriti undi popular 47 peratus berbanding dengan parti Pakatan Rakyat seluruh Malaysia meraih 51 peratus undi,” ujar Wong.

Sementara itu, tambah Wong, Kerajaan BN yang mendapat mandat minoriti mudah harus mengkaji semula kenapa rakyat rasa tidak puas hati terhadap keputusan pilihan raya umum (PRU 13) lalu; di samping perlu mencari formula untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai perilaku Datuk Musa Aman kenapa tidak membenarkan ahli Parlimen Lambah Pantai Nurul Izzah memasuki Sabah yang tidak jelas apa kesalahannya.

"Tindakan demikian bukan sahaja menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia, bahkan menjadi bahan ejekan di kalangan para pemimpin negara luar kenapa rakyat Malaysia tidak dibenarkan memasuki negara sendiri.

"Mungkin Musa takut kerana para pemimin Pakatan Rakyat hebat-hebat belaka sehingga berjaya merampas 12 kerusi di DUN di Sabah. Jika dibenarkan lebih ramai masuk, mungkin mereka akan hilang lebih banyak kerusi sekalipun PRU-13 sudah tamat," ujar Stephen Wong lagi.

Ditanya mengenai tindakan Mantan Calon Bebas Parlimen Libaran, Sahar Saka yang menyertai PKR bersama-sama 4,600 ahli daripada 38 cawangan UMNO Libaran, Wong menyifatkan ia merupakan satu langkah bijak kerana jelas menunjukkan mereka telang hilang kepercayaan kepimpinan Musa sebagai Ketua Bahagian UMNO Libaran, malahan mereka juga tidak mempercayai pucuk pimpinan UMNO pusat di bawah pimpinan Najib.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.