`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, June 11, 2013

CELIK UNDANG-UNDANG : MUFLIS ANGKARA BELI ASET TIDAK WUJUD




Muflis angkara beli aset tak wujud

Kuala Lumpur: Enggan membayar untuk pembelian aset tidak wujud antara punca sesetengah individu diisytihar muflis, sekali gus menunjukkan ada kelemahan dalam Akta Kebankrapan 1967.

Akta berkenaan tidak mempunyai peruntukan untuk menimbangkan kes tertentu membabitkan defendan yang ditipu.

Antara mangsa kes sedemikian ialah Suhaimi Hassan, 52, yang tidak pernah menyangka keputusannya membeli rumah sebagai hadiah hari lahir isteri, Halimah Desa, 45, berakhir dengan mereka diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, dua tahun lalu.

Ketika ditemui di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, Suhaimi berkata, beliau membeli rumah berharga RM40,180 melalui projek milik sebuah anak syarikat kerajaan Selangor yang dibangunkan sebuah syarikat pemaju di Batang Kali pada 1997 dan membuat pinjaman bank sebanyak RM32,998.

Bank jelas bayaran rumah

"Pada 2000, saya menerima surat daripada bank meminta datang mengambil kunci kerana bank sudah menjelaskan keseluruhan harga rumah.

"Namun, apabila saya ke pejabat anak syarikat kerajaan negeri itu, pegawai bertugas mengambil surat pemberitahuan itu bersama semua resit bayaran air dan elektrik bagi rumah berkenaan yang sudah kami bayar.

"Ketika itu, baru saya tahu lokasi rumah terbabit sebenarnya sebuah lorong, bukan seperti tertera dalam pelan asal projek itu," katanya yang kemudian menyaman anak syarikat kerajaan negeri itu pada 2002.

Suhaimi mendakwa, berkata, mahkamah kemudian memerintahkan anak syarikat kerajaan negeri itu membayar semula jumlah pinjaman dibuatnya dengan bank, namun beliau dimaklumkan pihak bank yang mereka tidak pernah menerima bayaran berkenaan.

Pada 2004, katanya, beliau membuat keputusan berhenti membayar ansuran bulanan rumah itu kerana tidak mahu berbelanja untuk aset tidak wujud. Namun, tindakan itu mengundang musibah apabila disaman bank beberapa tahun kemudian atas kegagalan membuat pembayaran bulanan seperti dalam perjanjian.

"Pada Mei 2010, saya diisytihar muflis. Apa yang saya hairan, bank dalam afidavitnya langsung tidak menyebut perihal aset yang sama sekali tidak wujud itu, cuma menyatakan kegagalan saya menjelaskan ansuran bulanan, sedangkan saya berbuat demikian kerana aset yang dibeli tidak wujud," katanya.

Kehidupan musnah

Suhaimi berkata, perisytiharan muflis menyebabkan hidupnya musnah sekelip mata apabila lesen perundingnya ditarik balik serta akaun bank dibekukan, menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa bergantung kepada belas ihsan ahli keluarga.

Ditanya sama ada masalah itu pernah diadukan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), Suhaimi mendakwa, beliau pernah dinasihati pegawai jabatan itu supaya tidak membuat pembayaran ansuran bulanan berkenaan kerana ia membabitkan aset tidak wujud.

"Menurut pegawai MdI itu, bank tidak boleh menyaman saya kerana aset berkenaan tidak wujud dan saya tidak sepatutnya diisytiharkan muflis dalam hal ini," katanya.

Oleh: Sophia Ahmad
MEDIA : BERITA HARIAN m/s 8
TARIKH : 3/11/12

Ulasan :

Pada pendapat pakcik En Suhaimi di atas telah teraniaya. Tugas Bank adalah membiayai pinjaman. Pakcik percaya kesilapan ialah dipihak Pemaju. Disebabkan pihak Pemaju masih lagi belum bayar beliau sepatutnya memohon mahkamah untuk melaksanakan perintah yang diperolehi.

Tindakan Yang Patut Diambil Untuk kes2 semacam ni:
1) Menyaman Pemaju sebaik sahaja mengetahui bahwab rumah tersebut tidak wujud.
2) menuntut jumlah penuh yang telah di bayar Bank kepada Pemaju dan tuntut sekali gantirugi yang di alami mental dan fizikal.
3) Cari loyer yang berwibawa (bayar lebih takpa) dan berpengalaman untuk saman Pemaju.
4) Kumpul semua bukti dan dokumen surat menyurat kerana tanpa bukti dan dokumen loyer tak boleh buat apa2.
5) Buat laporan polis di atas penipuan Pemaju ini.
6) Pastikan kes tipu/naya ni bagi tuntutan sibil (bukan kes jenayah)  tidak melebihan 6 tahun. Kerana selepas 6 tahun anda telah kehilangan hak untuk menyaman tuntutan sibil di Mahkamah.
7) Selepas mendapat perintah Mahkamah pastikan perintah dilaksanakan oleh Defendan.


Kesilapan En SuhaimI : Tidak memastikan pihak Pemaju membayar wang kepada pihak Bank selepas mendapat perintah Mahkamah. Maka Bank apabila tiada bayaran maka tindakan bankrap diteruskan.

Fakta Mengenai Bankrapsi :
a. Jumlah hutang mestilah melebihi RM30,000.00
b. Hutang melebihi 6 tahun tidak boleh dituntut di Mahkamah
c. Si bankrap boleh mendapat pelepasan Bankrap selepas 6 tahun bankrap.
d. Si bankrap boleh ke luar negara tetapi hendaklah mendapat kebenaran Pejabat Bankrap (Pejabat Insovensi).
e. Sibankrap apabila disahkan bankrap wajib hadir ke Pejabat Insolvensi secepat mungkin untuk istihar kewangan/aset dan bayaran ansuran bulanan. Ini mengelakkan dari waran tangkap dikeluarkan.
f.  bayaran minima ansuran bulanan mengikut kemampuan si bankrap i.e RM30.00 sebulan.
g. Si bankrap boleh membuka akaun Bank dengan kebenaran Pejabat Insolvensi.
h.Si bankrap tidak boleh menjadi Pengarah Syarikat.  
i. Si bankrap akan disenaraihitam oleh semua Bank, CTos, CCRIS, Imigresen, Tabung Haji, dll Jabatan Kerajaan yang berkaitan.
j. Si bankrap boleh dilepaskan Bankrap dengan 3 cara :
1) membayar keseluruhan hutang ke Pejabat Insolvensi
2) memohon pelepasan kepada pejabat Insolvensi setelah 6 tahun bankrap dengan syarat bayaran ansuran dibuat dengan teratur.
3) pelepasan yang dibuat oleh Pejabat Insolvensi tanpa permohonan si bankrap (biasanya kes2 lama 20 tahun ke atas)  

k. Si bankrap masih boleh berniaga tetapi hendaklah senyap2 dan gunalah nama orang lain. Dah kaya nanti bayar hutang dan bebaskan diri semula. Pandai2lah nak hidup.

2 comments:

  1. Kerajaan Malaysia pengurusan tidak sempurna, terlalu memberi kuasa kpd bank. Bank ialah punca utama menyebabkan seseorang dijatukan bankruptcy. Bank di Malaysia boleh charge anda dengan bunga yg tinggi dan sesuka hati kalau masa anda tidak keupayaan membayar insuran bulanan. Ia tidak adil dan mangsa tidak dapat bantal dengan charge sehingga anda muflis. Malaysia kita tidak ada department yang boleh membantu anda pada masa tersebut.

    Apa kebaikan Malaysia? Ia hanya menyebabkan bankruptcy meningkat saja tahun ke tahun. Ia juga akan menyebabkan lagi perkembangan economic Malaysia masa depan. Tambahan pula bankruptcy laws di Malaysia akan menghukum seseorang muflis sampai boleh memusnahkan hidup seseorang. Dengan AKTA KEBANKRAPAN 1967, kita sangat jelas, ini kebanyakan disebabkan oleh kuasa bank yg keterlaluan.

    Bankruptcy laws di Malaysia memang boleh menyebabkan seseorang muflis melambatkan muflis untuk hidup semula. Di dalam undang-undang bankruptcy Malaysia ada banyak syarat yang menyikat muflis untuk perkembangan semula seseorang muflis, seperti: Tidak boleh berniaga sendiri, tidak boleh terima wang lebih RM500 dari lain orang(Dikehendaki melapor kpd JIM), tidak boleh keluar luar negara berkerja (Pastport disekat), tidak dapat memegang jawatan tinggi di syarikat dan lain-lain. Ini semua memang akan menyekat seseorang muflis menjadi wang untuk perlepasan.

    Harap kerajaan kita sedar dan tidak membunuh masa depan seseorang muflis di Malaysia ini dan tidak membunuh sesama sendiri. Bankruptcy yg meningkat masa sekarang boleh menyelesaikan jika Malaysia Bankruptcy Laws (Akta Kebankrapan 1967) boleh berubah mengikut masa sekarang, bukan akta kampung yg dulu. Untuk menjatuhkan seseorang menjadi bankrupt hutangnya kalau melebihi RM150,000 keatas. Harap juga yg telah dilaporkan bankrap pada masa sekarang akan dilepaskan secepat mungkin jika hutang tidak melebihi RM150,000. Inilah yang sempurna dan sesuai untuk masa kini.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan Malaysia memang kena mempertimbangkan seseorang yang telah dijatuh bankrap kalau hutang tidak melebihi RM150,000 atau RM100,000 patuh diberi peluang untuk pelepasan automatik pada awal tahun 2015 ini. Ianya sangat jelas, yang telah difailkan bankrupcy, akhir hutang akan ditambah oleh pihak bank dan hantar kpd JIM. Biasa sesorang jumlah hutang akan di charge sangat tinggi sampai bankrap oleh pihak bank. Tambahan pula, mereka yang dijatuhkan bankrap dengan jumlah seperti diatas tidak ada niat atau sengaja untuk bankrap sendiri. Apa kebaikan kpd mereka? Kalau seseorang dijatuhkan bankrap dengan jumlah hutang yg tinggi, mungkin dia ada niat untuk mendapat manfaat dari pihak bank atau kerajaan kita. Akhirnya saya sebagai wakil pihak muflis harap Kerajaan Malaysia kita dapat mempertimbangkan isu isu seperti ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.