`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, June 25, 2013

ESSCOM BERDAGANG ATAU JAGA KESELAMATAN?



Oleh : MAZHANIM KARIM

ANGKATAN Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah (AMK) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) membuka fail siasatan berhubung pembinaan 40 buah rumah untuk mangsa Tragedi Tanduo kerana dipercayai diberikan kepada penerima yang tidak layak.

Ketua Penerangannya, Citra Masadi yang menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi setelah kembali daripada lawatan singkat ke Tanjung Labian mendakwa daripada 40 buah rumah yang tersebut, pihaknya hanya mengenalpasti hanya 10 sahaja yang benar-benar layak.
"ESSKOM mau bina rumah untuk 40 buah keluarga daripada Kampung Tanduo yang dimusnahkan Pasukan Keselamatan Malaysia dana Perang Tanduo di tapak Kampung Bahagia (Tanjung Labian Darat) ," ujar Citra yang kesal kerana Ketua Pengarah ESSCOM, Datuk Mohd Mentek tidak menyemak silang senarai penerima dengan penduduk kampung dan Ketua Masyarakat.

Kata Citra, AMK kesal kerana tidak ada tapisan keselamatan dibuat dan daripada semakan rigid yang dilakukan pihaknya, hanya 10 sahaja keluarga yang layak menerima gantian rumah yang musnah kerana selebihnya bukan Warga Negara Malaysia.

"Kita kenalpasti ada pihak yang menyediakan maklumat palsu termasuk Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat yang membuat pengesahan status penduduk semata-mata untuk mendapatkan kontrak membina rumah berkenaan kerana mereka juga adalah kontraktor yang memohon untuk membina rumah berkenaan," kata Citra yang mengakui penduduk kampung tradisi kini terhimpit dengan perebutan tanah tapak projek perumahan mangsa perang Tanduo.

Hasil daripada siasatan dan perbincangan mereka dengan penduduk kampung, tidak ada lagi tanah kosong yang tersedia kerana majoritinya telah diwartakan sebagai Geran Komunal setelah Zon Keselamatan dan Sahabat Pinggir dirampas FELDA.

Kata Citra, satu-satunya tanah yang sedia ada ialah tanah adat peninggalan Saligaring Salahuddin yang mula dibuka sekitar 1950-an dan tapak tanah SK Tg Labian yang dibuka sekitar 1960-an.

"Kita juga dapat mengesan tanah di kampung Tradisi yang masih tinggal telah diberikan secara bersendikit kepada Syarikat Perniagaan Cerah Sdn Bhd 1,450 ekar di Kg Tg Batu (Datuk Yusof Jamlee);Syarikat Kinsa Jaya Sdn Bhd (Ramli & Yassin) di Kg Tg Labian dan Daratan Kg Sg Bilis seluas 800 ekar dan bakinya dipohon oleh anak-anak Datuk Suhaili Said, Adun Tungku," kata Citra yang mendesak agar ESSCOM memandang berat dakwaan dan maklumat penduduk kampung ini.

Citra turut mendesak agar Ketua Menteri Sabah tidak mengganggu Geran Komunan yang telah diluluskan kepada penduduk 13 kampung tradisi di Zon Labian.

"Jika semasa OPS Daulat Felda telah memberikan kawasan seluas 400 ekar sebagai penempatan ketenteraan, kenapa pula Felda tidak boleh memberi kawasan lapang milik Felda sebagai penempatan semula mangsa perang yang benar-benar layak setelah melalui tapisan rigid," ujar Citra yang mendesak agar ESSCOM memastikan bebas daripada rasuah dan salahguna kuasa.

1 comment:

  1. Bantuan kewangan umum untuk orang yang berusia lebih 18 tahun Kami menawarkan bantuan kewangan bercagar untuk membantu membersihkan hutang anda dan melabur dalam usaha perniagaan pada kadar faedah yang berpatutan sebanyak 3 peratus dengan semua manfaat insurans dan pendaftaran. Dapatkan tawaran terhad ini sekarang, sebelum kehabisan masa. Untuk membolehkan anda memohon, menghantar e-mel anda untuk (elizabethfinancial@hotmail.com)
     

    Regards.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.