`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, June 12, 2013

Jangan Harap Ada Persempadanan Semula !

Jangan Harap Ada Persempadanan Semula !

Persempadanan semula kawasan pilihan raya yang akan dilaksana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermula tahun ini bertujuan untuk mengurangkan majoriti undi Pakatan Rakyat bagi memberi laluan mudah untuk BN menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, kata Tian Chua.

Naib Presiden KEADILAN itu mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa persempadan semula itu bakal merubah bilangan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negara ini.

Pemecahan itu melibatkan kawasannya – Batu dan satu lagi Parlimen – Bandar Tun Razak, kononnya ekoran proses pembangunan dan migrasi yang banyak berlaku. Malah pembukaan Parlimen baru juga dalam pertimbangan.Tian mengulangi pendirian bahawa Pakatan tidak akan menerima proses persempadanan semula selagi suruhanjaya itu diragui kewibawaannya.

“Pakatan Rakyat menolak sebarang percubaan SPR untuk mengadakan persempadanan semula kawasan pilihan raya selagi badan itu tidak dirombak dan dibersihkan,” katanya kepada Keadilan Daily.“Kita bertegas mahu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan.

Kita juga mahu SPR dirombak sepenuhnya kerana rakyat sudah tidak lagi yakin kepada mereka.“Dengan kes dakwat kekal, senarai pengundi pincang dan banyak lagi penyelewengan, apakah mereka akan jujur dalam persempadanan semula nanti?” tegasnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.