`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, June 23, 2013

KAKI PROJEK SABOTAJ EKONOMI SABAH

PROJEK.....Aziz (baju putih) salah seorang kroni Menteri KKLW yang kaki projek kerana hanya mementingkan keuntungan peribadi memburu projek dan hidup mewah atas kesengsaraan orang lain.

Oleh: SHAIMON S JUMADI
SEMPORNA : Kerajaan Persekutuan disaran menubuhkan Tribunal Projek untuk menyiasat 'Jenayah Sabotaj Ekonomi' yang dilakukan oleh Menteri, Jabatan dan Pemimpin tertentu di Semporna sehingga taraf hidup dan prasarana di Semporna begitu rendah.

Naib Pemuda UMNO Cawangan Kampung Air Semporna 1, Muhd Saifullah Hisham menyarankan demikian setelah tidak lagi dapat bertolak ansur dengan sikap pemimpin UMNO Semporna, terutama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Wakil-Wakil Rakyat Semporna yang bukan sahaja mewujudkan projek untuk kepentingan diri, kroni dan keluarga mereka; malah melakukan sabotaj terhadap Dasar Edonomi baru.
"Apa ertinya lebih ratusan tiang yang terpacak di sepanjang jalan di Semporna sejak zaman Tun Sakaran sehingga kini jika tidak berlampu? Kini dibina lagi projek baru.

"Cuba lihat deretan tiang lampu Jalan Raya menuju ke Kampung Selamat, Kampung Simunul dan Kampung Sri Jaya Mesra sudah hampir 3 tahun lamanya terpacak yang dilakasanakan oleh salah sebuah kontraktor kroni; tetapi gagal menyiapkan projek tersebut," kata Saifullah.

Kata Saifullah, Kampung Simunul baru sahaja mendapat gelaran atau anugerah sebagai kawasan perkampungan Hitam (Black Area) pihak kerajaan mahupun wakil rakyat kawasan tersebut langsung tidak mempedulikan mengenai keadaan di situ; malahan dibiarkan begitu saja seolah-olah menunggu ada kejadian-kejadian yang mengerikan barulah pihak kerajaan mahu bertindak.

“Sebagai Ahli UMNO dan penyokong kuat BN serta pengundi tegar BN, kami merasa malu kerana semua Wakil Rakyat umpa menjadi pengkhianat kepada parti dan gagal melaksanakan amanah yang tlah diberikan kepada mereka," ujar Saifullah yang turut membidas Pegawai Daerah yang gagal memastikan setiap peruntukan menepati sasaran.


LUBANG.....Saifullah menunjukkan lubang besar di tengah-tengah jalan menuju ke Kampung Lihak-Lihak yang bakal mengundang maut kepada penunggang motorsikal.

Dalam pada itu, Saifullah turut membidas kerosakan Jalan Raya menuju tiga buah perkampungan Lihak-Lihak 1, 2 dan 3 yang langsung tidak diselenggarakan Jabatan Kerja Raya Semporna telah menimbulkan kesangsian rakyat dan bakal mengundang kecelakaan kepada para pengguna, terutama sekali penunggal motorsikal.

Saifullah menjelaskan, kelalaian JKR atau syarikat konsesi yang dilantik oleh kerajaan negeri iaitu Globinaco Sdn Bhd dan Kekal Mewah Sdn Bhd untuk menyelenggara kerosakan jalan raya yang berlubang di sana sini di sepenjang jalan tersebut sejauh 45 km tersebut amat dikesali.

Kata Saifullah, ketiga-tiga Pengerusi JKKK dan Ketua-Ketua Kampung berkenaan sudahpun memaklumkan perkara ini sama ada memberitahu JKR secara lisan, mahupun bertulis tetapi aduan mereka langsung tidak dipedulikan.

"Saya bukan hendak menentang para pemimpin UMNO di Semporna ini tetapi demi untuk kepentingan rakyat Semporna, lagipun saya adalah Ahli UMNO yang memegang jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO cawangan Kampung Air Semporna 1; untuk menyedarkan mereka demi kebaikan bersama."

TERPACAK TIANG.....Lebih 100 tiang lampu terpacak di sepanjang jalan Kg Simunul tetapi tidak dipasangkan lampu sejak sekian lama.

Kata Saifullah, beliau ingin bertanya apa peranan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Semporna yang tidak pernah ambil tahu tentang permasalahan rakyat di Semporna?

"Yang dia tahu (Aziz Jamman) tahu hanya fokus kepada projek berjuta-juta ringgit, namum segala masalah rakyat terus diketepikan. Inikah peranan Ketua Pemuda yang diberi mandat, tetapi langsung tidak berfungsi," kata Saifullah yang menyindir Aziz hanya pakar merasmikan program yang menjanjikan pengaruh dan wang.

Jenis pemimpin semacam ini, kata Saifullah, tidak boleh lama dikekalkan dan beliau bersedia menggantikan tugas berkenaan jika khidmatnya diperlukan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.