`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, June 25, 2013

KG AIR TIDAK ALAMI GANGGUAN BEKALAN AIR


Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SEMPORNA : Sebenarnya Kampung Air tidak pernah mengalami masalah bekalan air sejak dari dahulu lagi kerana kampung yang mempunyai 500 penduduk ini, hidup dalam keadaan selesa kerana kerajaantidak putus-putus menyalurkan pelbagai kemudahan asas untuk dinikmati rakyatnya.

Ketua Cawangan UMNO Kampung Air Semporna 1, Hj Mohd Kassim Hj Ibno Bederi berkata demikian sebagai mengulas artikel Sabahkini.net bertajuk, 'Semporna Banjir YB, Kering Air'.

“Kenyataan Saifullah tidak tepat kerana dia hanya mendengar laporan daripada segelintir penduduk kampung yang sengaja mencari masalah, sedangkan sebagai Ketua Cawangan UMNO saya sentiasa memantau segala permasalahan penduduk di sini,” tegasnya.

Katanya, UMNO akan sentiasa memantau kemajuan dan keperluan penduduk kampung air, terutama yang menghadapi masalah teknikal untuk mendapatkan bekalan air paip.

"Setakat ini bekalan air mencukupi dan kita belum menerima sebarang rungutan atau laporan kawasan yang tidak mendapat bekalan air bersih secara kritikal. Jika ada catuan hanya masalah teknikal," kata Kassim yang menggesa agar penduduk kampung menghubungi beliau jika ada masalah, bukannya mencari publisiti di media.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.