`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, June 9, 2013

Lelaki Janji Kahwini Budak Bawah Umur yang "Dirogol'nya

Sekadar hiasan.

[HM] Melaka: “Awak biar betul, mangsa baru berusia 13 tahun. Takkan awak nak kahwin dengan remaja bawah umur?,” kata Hakim Ahmad Sazali Omar di Mahkamah Sesyen di sini, semalam ketika mendengar rayuan seorang pemuda yang didakwa atas empat tuduhan merogol remaja perempuan itu beberapa bulan lalu.

Terdahulu tertuduh, Muhammad Ashyraf Rahim, 23, dari Kampung Gedong Lalang, Bukit Rambai, mengangguk faham akan semua pertuduhan terhadapnya yang dibacakan jurubahasa mahkamah. Tertuduh kemudian membuat pengakuan tidak bersalah terhadap keempat-empat pertuduhan itu dan mohon dibicarakan.

Mengikut dua pertuduhan awal, dia didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun 10 bulan di dalam stor belakang rumah di Kampung Gedong Lalang, Bukit Rambai, masing-masing jam 11 pagi dan 12 tengah hari pada 12 serta 23 Februari lalu.

Bagi dua pertuduhan berikutnya, dia didakwa turut merogol remaja itu di lokasi sama, kira-kira jam 8.30 pagi dan 9.30 pagi, 21 Mac serta 30 Mac lalu.

Justeru, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Maisarah Kamal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ashyraf merayu mahkamah tidak mengenakan sebarang hukuman berikutan sudah berjanji dan bersetuju mengahwini remaja yang menjadi mangsa rogolnya itu.

“Saya sudah janji nak kahwin dengan dia (mangsa). Diharap pihak mahkamah dapat mempertimbangkan permohonan saya,” katanya.

Selain itu, dia turut merayu kos ikat jamin RM24,000 ditawarkan pendakwaan dikurangkan dengan alasan tidak berkemampuan dan hanya bekerja membantu ibu dan bapa berniaga, selain turut menghidap penyakit asma.

Ahmad Sazali membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 8 Julai depan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.