`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, June 12, 2013

NCR Vs WARTA KERAJAAN




Oleh : GALUS AHTOI
PADA 14 Jun 2013 ini (Jumaat) detik penentuan perjuangan pengiktirafan pemilikan Tanah Adat (NCR) yang telah diwartakan (Warta Kerajaan-Hutan Simpan) kerana Mahkamah Rayuan akan bersidang di Mahkamah Kota Kinabalu untuk mendengar semula kes Kg. Imahit, Tenom.

Untuk rekod, kes ini kalah di Mahkamah Majistret Tenom tetapi menang di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dan kini Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan telah merayu di Mahkamah Rayuan untuk 'membantah' keputusan Mahkamah Tinggi yang 'mengiktiraf' hak pemilikan Tanah Adat (NCR) yang diwartakan sebagai Hutan Simpan Ulu Tomani TANPA sebarang persetujuan daripada pemilik Tanah Adat (NCR).
Dengan hanya satu isu (pertuduhan) sahaja yang akan di hujahkan iaitu "Bercucuk tanam di kawasan Hutan Simpan...."

Semoga Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan akan membuat pertimbangan yang paling wajar demi untuk kesinambungan kehidupan seluruh warga Orang Asal yang telah terperangkap dalam warta-warta Kerajaan yang menjadikan 'Supermarket' mereka sebagai 'Hutan Simpan' yang tiddak bersempadan.

Berilah keajaiban dan kekuatan kepada Peguam Orang Asal, Peguam Ram Singh untuk terus membela Orang Asal yang tertindas dan ditindas oleh karenah birokrasi dan kerakusan pemerintah.
Datanglah beramai-ramai untuk menyokong perjuangan penyelamatan Tanah Adat (NCR) pada 14 Jun 2013 di Mahkamah Terbuka, Bangunan Mahkamah Tinggi, Kota Kinabalu, Sabah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.