`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, June 21, 2013

NELAYAN GESA NAIK TARAF JETI PENDARATAN IKAN



TINJAU …..Linda serta pegawainya dan Fan meninjau jambatan yang rosak dekat jeti di Kampung Pukat.

Oleh: SHAIMON S JUMADI
BATU SAPI : Masyarakat nelayan di Kampung Pukat meminta pertimbangan dari Ahli Parlimen Batu Sapi Datin Linda Tsen Thau Lin untuk menggantikan jambatan kayu yang rosak di jeti punggah-memunggah dengan jambatan konkrit.

Pengerusi Persatuan Nelayan (Tongkang) Sandakan Fan Kwai Ming mengajukan permintaan berkenaan kepada Datin Linda semasa beliau membuat tinjauan ke Kampung Pukat yang terletak di tanah Merah untuk melihat sendiri keadaan jambatan-jambatan di situ.
Menurut Fan, jeti di kampung itu digunakan oleh nelayan untuk punggah-memunggah tangkapan hasil-hasil laut harian mereka sekembalinya dari laut.

Dalam maklum balas Linda menjelaskan bahawa pihaknya akan memohon peruntukan untuk membaiki kemudahan asas yang rosak itu di perkampungan tersebut.

“Kerajaan memang meemandang berat terhadap para kaum nelayan kerana mereka adalah penyumbang ekonomi Negara apa apapun saya akan bantu untuk mendapatkan peruntukkan bagi membina jambatan atau jeti kongkrit demi keselesaan para nelayan memunggah hasil tangkapan mereka.

Sebagai Ahli Parlimen yang diberi mandate untuk lima tahun lagi menerajui kepimpinan Batu Sapi saya akan menunaikan janji-janji saya kepada seluruh pengundi Batu Sapi yang merangkumi dua DUN iaitu Sekong dan Karamunting dalam apa saja bentuk kemudahan asas yang diperlukan selaras Janji Ditepati

Turut sama dalam tinjauan ke Kampung Pukat itu ialan Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.