`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, June 21, 2013

PENDUDUK BAKONG-BAKONG TOLAK RAMLI



USANG....Saifullah bersama Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung Bakong-bakong berdiri di atas jambatan yang hanya menunggu runtuh menyembah bumi.

Oleh: SHAIMON S JUMADI
SEMPORNA : "Kami tidak marahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebab BN banyak membantu rakyat dalam pelbagai aspek kemudahan-kemudahan asas untuk dinikmati sama ada penduduk luar Bandar, di persisiran pantai mahupun di kawasan Bandar mereka telah mengecapi pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan BN yang kita sokong."

"Kami sebenarnya marahkan ialah Wakil Rakyat Kawasan DUN Bugaya yang diterajui kepimpinnan Datuk Ramlie Marhaban yang telah diberi mandat untuk satu penggal lagi sebagai ADUN di Bugaya tetapi nampaknya gagal untuk membela nasib rakyat di Kampung Bakong-Bakong Hujung yang terlalu daif dalam arus pembangunan infrastruktur."
Kampung Bakong-Bakong Hujung telah diwujudkan sejak di bawah pemerintahan Kerajayan BERJAYA lagi yang diduduki seramai 150 keluarga daripada 33 buah rumah yang dibina di tebing laut sejauh 48 Km dari pekan Semporna.

Pengerusi JKKK Kampung Bakong-Bakong Hujung, Abdul Maneh Hj Hidiri memberitahu kepada Sabahkini.Net semasa melawat ke kampung tersebut bersama rombongan Muhd Saifullah Hisham Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Air Semporna 1 kelmarin tenyata bahawa kampung yang dimaksudkan itu terlalu daif dalam menikmati kemudahan-kemudanan asas.

Pertama tiada bekalan air disalurkan oleh kerajaan, begitu juga Balai Raya tidak dibina, adapun Surau tempat beribadat hanya pemberian semasa pemerintahan kerajaan PBS inipun sudah hampir usang.

Sejak UMNO/BN mengambil alih tampuk pemerintahan daripada PBS pada tahun 1994 sehingga sekarang, kampung Bakong-Bakong terus ketinggalan dalam arus perdana pembangunan walaupun kampung ini mempunyai Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK yang dilantik oleh ADUN Bugaya hanya diibaratkan patung tak bernyawa atau seperti boneka sebab segala permintaan kami seperti pembaikan surau jambatan, balai raya langsung tidak diperdulikan oleh Datuk Ramlie,” jelas Abdul Maneh.

"Biar kami beterus terang sahaja. Kalau bukan gara-gara Datuk Shafie Apdal melawat ke kampung ini semasa kempen PRU 13 lalu merayu supaya kami mengundi calon DUN Bugaya Datuk Ramlie, palis-palis minta maaf saja memang kami sudah membuat keputusan yang muktamad kami tidak akan mengundi Ramlie. Tetapi kami hormat kepada Datuk Shafie, kalau tidak sorrylah undi kami tetap kami berikan kepada calon PKR,” ujarnya.

Tambah Maneh, beliau tidak nafikan kerajaan BN pimpinan Datuk Najib memang baik, tetapi wakil-wakilnya yang diberi mandat untuk menjadi YB dalam tempoh lima tahun lagi mula lupa daratan.

"Kita mahu jumpa pun susah, tapi semasa merayu undi punggung kitapun mereka sanggup cium,” kata Maneh.

Kata Maneh, mereka terpaksa memperbaiki sendiri kerosakan jambatan kampung kerana Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR), Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) dan juga Pemaju Mukim langsung tidak kelihatan batang hidung mereka masuk kekampung ini untuk meninjau segala permasalahan rakyat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.