`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, June 11, 2013

PENDERITA EPIDERMOLYSIS BULLOSE DYSTROPHIP


Oleh : MANIKAVASAGAM SUNDARAM
APABILA melihat susuk tubuh anak ini, adakah timbul sedikit rasa simpati dan belas kasihan anda? Saya berkesempatan menziarahi mereka di rumah mereka baru-baru ini. Saya sendiri tidak dapat menahan sebak kerana keadaan mereka begitu menyayat hati.

Betapa adik-beradik malang ini, Koovalan, 14, dan Yuwarasan, 12, terpaksa menanggung derita sengsara akibat penyakit Epidermolysis Bullose Dystrophip yang dihidapi mereka.

Dengan keadaan mereka yang begitu kritikal dan amat memerlukan rawatan serta nutrisi yang sempurna, namun ibubapa mereka tidak berkemampuan untnk menyediakan keperluan tersebut; malah Jabatan Kebajikan pula hanya mampu memberi bantuan bulanan sebanyak RM100 sahaja untuk dua beradik ini. Cukupkah bantuan sekecil itu?

Walaupun bukan lagi menjadi Wakil Rakyat, saya dengan rasa rendah diri dan suci hati ingin merayu kepada anda semua rakyat Malaysia, tidak kira agama, bangsa serta fahaman politik; sekiranya di dalam hati anda ada terdetik rasa simpati serta belas kasihan terhadap kanak-kanak ini, marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan tidak kiralah dari segi apa pun.

Sama ada dari segi menanggung kos rawatan penyembuhan yang sepatutnya di mana sahaja atau menghulurkan keperluan yang sewajarnya secara ikhlas kepada kanak-kanak ini.

Saya benar-benar berterimakasih kepada anda semua yang prihatin; serta akan terus berusaha untuk meringankan beban derita yang mereka tanggung selama ini. Semoga tuhan kurangkan kesengsaraan dalam menempuhi hayat mereka.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.