`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, June 2, 2013

PENDUDUK SEMPORNA MALU KEPADA PELANCONG


LUBANG...Azwar menunjukkan ke arah lubang besar di hadapan Terminal Bas Dyana yang tidak pernah diselenggara oleh MDS sejak bertahun.

Oleh: SHAIMON S JUMADI
SEMPORNA : Betapa jijik mata memandang, berat lagi bahu memikul maruah rakyat Semporna apabila melihat keadaan sekeliling pekan Semporna dari Barat ke Timur dari Utara ke Selatan dan di semua sudut. Jika bukan jalan berlubang-lubang sudah pasti terlihat longgokan sampah yang terbiar dan berbau busuk.

Masalah jalan-jalan berlubang di sana sini dan timbunan sampah bertaburan di merata tempat bukan perkara baru, malah sudah bertahun-tahun lama, namun tidak dapat diselesaikan oleh pihak berkuasa tempatan.
Dalam rutin kerja harian, krew Sabahkini.Net sempat merakamkan gambar di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan ramai pengunjung dan aduan pelancong kerana tidak tahan lagi dengan keadaan pekan purba, Semporna.

Seorang penduduk Semporna, Azwar Ali, memanggil krew Sabahkini.Net sambil menunjukkan ke arah jalan raya yang berlubang di hadapan Terminal Bas Dyana.

Katanya, kerosakan jalan tersebut sudah hampir 3 tahun tidak pernah diselenggarakan oleh pihak Majlis Daerah Semporna (MDS) ataupun syarikat konsesi kerajaan iaitu Kekal Mewah dan Globinaco walaupun menyedari akan masalah tersebut.

“Kami malu bah. Kami ini orang Semporna, rasa malu sama itu para pelancong luar negeri yang datang ke mari. Mereka juga selalu komplen pekan Semporna bau busuk macam tong tahi,” keluah Azwar yang sudah jelak menulis surat aduan kepada empat wakil rakyat di Semporna.

Dalam pada itu, beberapa orang pekerja kedai berhampiran yang ditemui hanya menjelaskan perkara ini bukan sekali dua kali dimaklumkan; bahkan sudah berkali kepada pihak yang berkenaan tetapi tiada tindakan langsung.

Kata Azwar, selain longgokan sampah dan jalan berlubang-lubang yang menjijikkan mata memandang dan terdapat beberapa bangunan langsung tidak terurus dan banyak bangunan lama ditumbuhi oleh pokok-pokok beringin (pohon ara) terutama Bangunan USIA.

SAMPAH....Mana sudah tanggungjawab MDS untuk memungut sampah di hadapan Giant Supermarket.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.