`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, June 26, 2013

PERPECAHAN PUNCA KEHILANGAN AUTONOMI?



Oleh : ANSARI ABDULLAH
PUNCA utama 'ketirisan dan kehilangan kuasa autonomi Sabah' adalah perpecahan di kalangan kita sendiri. Semasa jadi Ketua Negeri, Tun Mustapha telah meminggirkan bumiputera bukan Islam dan Cina.

Bila beliau bertembung dengan Tun Razak tentang soal autonomi khasnya royalty minyak dan gas, Kuala Lumpur tubuhkan BERJAYA untuk menjatuhkan Tun Mustapha.
Ketika era PBS memerintah, mereka pula menindas Bumiputera Muslim walaupun ada perjanjian Kerajaan Campuran dengan USNO. Ini mendorong Bumiputera Muslim bersekongkol dengan Kerajaan Pusat untuk menukar komposisi pengundi di Sabah melalui 'Projek IC'.

Banyak contoh lain, tetapi kecuali anak-anak Sabah melayan saudara senegeri mereka dengan saksama tanpa perasaan bahawa mereka daripada golongan bangsawan; kita tidak akan dapat kembali hak dan kepentingan kita seperti yang terkandung dalam IGC Report yang telah dibentang dan diluluskan di Dewan Negeri North Borneo sebagai syarat penyertaan Sabah dalam Malaysia.

Isu di hadapan kita sekarang: Mana yang lebih penting, 'our pride or our state and children'?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.