`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, June 16, 2013

PILAKS SEMAKIN BIADAP DI SABAH



Oleh : ANANTASIA EDWARD
SIKAP sesetengah majikan mengambil pekerja 'PILAKS' atau generasi kedua PATI yang tidak berdokumen atau hanya mempunyai 'burung-burung' menyebabkan golongan ini semakin biadap terutama yang dilantik sebagai Penyelia atau 'Supervisor'.

Seorang suri rumah yang meminta namanya dirahsiakan memaklumkan agak terkejut dengan sikap seorang PILAKS di The Laundry Alam Mesra, Sepanggar yang mengaku dirinya sebagai 'Supervisor' telah menggertak dan mengancam untuk memukulnya bersama lima oranag pekerja lelaki lain.
"Saya nampak mata mereka semua ini merah ke merahan seperti penagih menyebabkan saya segera menghindarkan diri kerana bimbang keselamatan anak gadis saya terancam," kata suri rumah berkenaan yang menghubungi Sabahkini.net seketika selepas kejadian tersebut yang berlaku pada jam 5.08 petang kelmarin.

Kata suri rumah itu, beliau sudah biasa menghantar pakaian untuk dicuci di kedai dobi berkenaan sejak awal tahun ini dan semua pekerja mengenal beliau setiap kali mengambil atau menghantar pakaiannya; sekalipun terlupa membawa resit.

"Namun agak malang petang ini (kelmarin) pekerja wanita yang melayan saya berada ditingkat atas dan PILAKS berkenaan bersama kawan-kawannya berada di tingkat bawah Kedai Dobi berkenaan dan terus menengking saya tanpa alasan yang munasabah," kata suri rumah berkenaan.

Katanya lagi, Supervisor berkenaan membebel seperti 'perempuan' dan terus memarahi dan menengking tanpa berhenti sehinggalah beliau mengeluarkan telefon bimbit berkamera dan menggambar PILAKS berkenaan dan kedai dobi tersebut.

"Hairan pula dia tiba-tiba dia terdiam dan tunduk selepas saya gambar dia sebagai persediaan mana tahu dia serang dan cederakan saya," kata suri rumah berkenaan yang agak kecewa kerana tidak mempunyai nombor telefon pemilik kedai dobi disebabkan resit yang digunakan hanya resit biasa yang tidak mempunyai nama kedai dan nombor perhubungan.

Walaupun telah membelanjakan lebih RM700 sepanjang menggunakan khidmat cuci kedai dobi berkenaan, namun suri rumah berkenaan tidak menyesal menamatkan perkhidmatan kedai dobi berkenaan, yang bukan sahaja gagal menggaji pekerja yang baik; malah kemungkinan melarikan cukai kerana menggunakan resit am yang tidak boleh dikaitkan dengan kedai dobi berkenaan.

"Pada mulanya saya mahu membuat laporan polis, namun mereka tidak jadi menyerang dan mencederakan saya dan anak saya, maka saya batalkan niat untuk membuat laporan polis di Balai Polis Alam Mesra," kata suri rumah berkenaan yang menggesa agar LHDN menjalankan pemeriksaan berkala di kedai dobi berkenaan tanpa membayar cukai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.