Malam Tadi Di Pengkalan Chepa Kelantan... # Bebaskan Husam Musa...
Take Note !!! : Penahanan Husam disabitkan dgn tuduhan akta hasutan bertujuan utk menghalang beliau menghadiri perhimpunan bagi membantah dakwaan penipuan dalam Pilihan Raya 2013.....-fb
Update Info : Keputusan di IPD Kota Bharu (Pengkalan Chepa), Dato Husam Musa di tahan dalam lokap malam tadi untuk membantu siasatan....
Kita semua diminta berkumpul ESOK@AHAD jam 8.30pagi di Mahkamah Tinggi, Kota Bharu....
Pemuda PAS Kelantan minta Husam dibebas segera
KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan mahu polis membebaskan segera Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa selepas selesai diambil kenyataan apabila sampai di ibu pejabat daerah Kota Bharu malam ini.
Ketuanya, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, keluarganya memberitahu Husam dalam keadaan tidak sihat ketika datang ke Kuala Lumpur hari ini.
“Polis tidak perlu menahannya lebih lama kerana keadaan kesihatannya tidak mengizinkan. Beliau masih demam. Tambahan pula perjalanan menggunakan kereta dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.
“Saya difahamkan sebanyak empat kereta polis mengiringi Husam dalam perjalanan ke Kota Bharu petang tadi. Ketika kami sampai di IPD Ampang, Husam telah dibawa pulang ke Kota Bharu menggunakan kereta.
“Sudah tentu dalam keadaan tidak sihat dan perjalanan jauh pula lebih mengganggu keadaan kesihatannya. Jadi sewajarnya polis membebaskan segera Adun Salor itu sebaik sahaja selesai siasatan dijalankan di IPD Kota Bharu,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur.
Husam dipercayai ditahan di bawah Akta Hasutan difahamkan ada kaitan dengan kenyataannya mengenai ‘syahid fi sabilillah’ berhubung penyertaan himpunan aman Black 505 di Padang Merbok hari ini.
Abdul Latiff yang juga Timbalan Speaker Dun Kelantan berkata, sekiranya Naib Presiden PAS itu tidak dibebaskan segera selepas siasatan dilakukan, kemungkinan lebih ramai pemuda akan berhimpun di pekarangan IPD.
Katanya, Dewan Pemuda tidak menolak kemungkinan lebih ramai pemuda akan berhimpun di perkarangan IPD sekiranya siasatan terhadap Husam dilengah cuba ditahan pula di dalam lokap pula.
“Isu yang cuba dibangkitkan pihak tertentu sebagai mengulas kenyataan Husam dilihat lebih bermotifkan politik,” katanya. - HD
TG Nik Aziz minta Husam, keluarga bersabar
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berharap Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan anggota keluarga bersabar dengan ujian yang dihadapinya hari ini.
Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika dihubungi sebentar tadi sebagai mengulas perkembangan terkini Adun Salor itu.
“Saya harap Datuk Husam dan keluarga bersabar,” ujarnya ringkas awal malam ini setelah dimaklumkan kepadanya berhubung penahanan Husam hari ini.
Tengah hari tadi Tuan Guru menghubungi wartawan Harakahdaily, Rizal Tahir supaya memaklumkan perjalanan himpunan aman Black 505 kepadanya.
Sementara itu, Husam pula ketika memaklumkan kepada Harakahdaily kira-kira jam 7.00 malam tadi memberitahu berada di Bentong, Pahang dalam perjalanan ke Kota Bharu untuk ke IPD Kota Bharu dengan diiringi kenderaan polis.
Beliau ditahan tengah hari tadi mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan di Desa Pandan dan dibawa ke Balai Polis Ampang.
Ia dipercayai ada kaitan dengan kenyataannya mengenai ‘syahid fi sabilillah’ berhubung penyertaan pada himpunan aman Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur hari ini. - HD
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.