`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, June 26, 2013

SIAPA SEPATUTNYA SELENGGARA JALAN SEMPORNA?



BERTAKUNG....Muhd Hanapi (kanan) menunjukkan ke arah jalan berlubang yang ditakingi air sejak sekian lama tidak diselenggarakan.
Oleh: SHAIMON S JUMADI
SEMPORNA : Kerosakan Jalan Raya yang berlubang di sana berlubang sini termasuk di hadapan Terminal Bas Dyana yang sudah hampir dua tahun tiada siapa yang mahu bertanggungjawab untuk menyelenggarakan, sama ada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) atau salah satu syarikat konsesi yang dilantik oleh kerajaan iaitu Kekal Mewah Sdn Bhd mahupun Globinaco Sdn Bhd dan kini telah menjadi tanda tanya kepada pengguna setempat.

Salah seorang pemegang saham Syarikat Pengangkutan Awam Dyana Express Sdn Bhd, Muhammad Hanapi, 45, memberitahu kepada Sabahkini.Net antara lain menjelaskan mengenai kerosakan jalan-jalan bukan saja di hadapan Terminal Bas Dyana; bahkan di pekan Semporna sekalipun sudah berulang kali disiarkan di media.
“Sebagai penduduk tulen Semporna, saya memohon jasa baik Ahli Parlimen Semporna yang juga selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Hj Apdal agar dapat membuka mata dan mendesak JKR, Pejabat Daerah, Majlis Daerah Semporna (MDS) termasuk syarikat konsesi menaik taraf dan menyelenggara jalan berkenaan,” ujar Muhammad.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.