`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, June 11, 2013

SYAITAN JAMALUL KIRAM III AKAN DIDAKWA



DAKWA..... 'Syaitan' Jamalul Kiram III dan pengikutnya akan di dakwa oleh kerajaan Filipina.

Oleh : SYED KAMAL
MANILA : Perkembangan terbaru ialah Department of Justice (DOJ) Filipina telah mengarahkan Biro Siasatan Negara (NBI) untuk menyediakan kes 'airtight' terhadap Jamalul Kiram III dan orangnya yang mencerobohi negeri Sabah.

Bercakap kepada pemberita kelmarin, Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima berkata, NBI kini sedang menyiapkan kes terhadap Kiram dan pengikutnya.
De Lima mengumumkan bahawa kumpulan Kiram boleh dikenakan hukuman kerana melanggar Perkara 118 (menghasut kepada peperangan atau memberi motif untuk bertindak balas), kod Semakan Keseksaan, pemilikan senjata api haram, perhimpunan haram dan pelbagai lagi.

Setelah mereka dikenakan hukuman bawah undang-undang Filipina, DOJ juga akan mengkaji kemungkinan membenarkan kerajaan Malaysia mengekstradisi penceroboh-penceroboh di Sabah untuk menghadapi undang-undang negara Malaysia pula.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.