`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, June 16, 2013

TERKINI ! PENGAKUAN ANWAR TENTANG PERJUMPAAN DENGAN @NajibRazak DI JAKARTA !

Sebelum ini, portal pro-pembangkang telah melaporkan dakwaan DS Najib Razak dan musuh politiknya DS Anwar Ibrahim berkemungkinan mengadakan pertemuan di Jakarta.
The Malaysian Insider difahamkan, pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, dikala Najib hampir pasti dicabar dalam pemilhan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun.  


Walaubagaimana pun nampaknya, sumber portal pro-pembangkang ternyata tidak boleh dipakai apabila Anwar Ibrahim menafikan akan bertemu Perdana Menteri Malaysia di Indonesia.

"Tidak benar!" jawapan Anwar yang dipetik melalui Twitter beliau..


Siapa yang berbohong sekarang, The Malaysian Insider atau Anwar Ibrahim?

Jika tidak benar, apa gunanya portal pro-pembangkang itu menyiarkan laporan tersebut? 

Apakah ianya bertujuan untuk sengaja menimbulkan spekulasi kononnya 'Najib Razak berdepan dengan undi tidak percaya di parlimen'?

Atau, apakah ianya kena mengena dengan isu perjanjian Najib dan Anwar manakalanya moderatornya ialah bekas naib presiden Indonesia, Jusuf Kalla?



Najib Razak juga telah mendedahkan perkara ini : BACA SINI

- DrMiM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.