`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

Wednesday, July 24, 2013

Bank Islam : RM110 Ribu Dilarikan...

KLANG 21 Julai - Tiga lelaki melarikan wang tunai kira-kira RM110,000 selepas menebuk dinding belakang dan bilik kebal Bank Islam di Ambang Botanik, Taman Botanik di sini awal pagi ini.

Kejadian hanya disedari oleh pengurus bank berkenaan yang datang ke pejabatnya kira-kira pukul 9.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, berdasarkan laporan, mangsa telah mendapat khidmat pesanan ringkas mengenai loceng penggera yang berbunyi di tempat kerjanya kira-kira pukul 3.20 pagi tetapi dia tidak membuat pemeriksaan.

Bagaimanapun kata beliau, selepas mangsa tiba di pejabat pagi ini, dia terkejut mendapati bank telah dipecah masuk dan terus datang ke balai polis untuk membuat laporan. 
-UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.